Wednesday, October 3, 2012

"dapat kaki"

Assalamualaikum wbt ....

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk menulis di blog ni ... banyak yg ketinggalan dan ibu selalunya masukkan dalam monthly review kalau dah agak lama x menulis, nk senang la katakan. tp kali ni ibu tetap nk bercerita tentang qa'id yg dah pandai berjalan. istilah yg digunakan "dapat kaki" ... boleh ke??? hentam saja lah

Hari ni 3/10/12 rabu, anakanda al-qa'id dah boleh berjalan. qa'id mula berjalan sebaik saja umur genap 10 bulan. 17/9/12 isnin, umur qa'id genap 10 bulan. so hari sabtu dan ahad 15hb dan 16hb sebelum tu, qa'id dah boleh melangkah lebih dr lima langkah kemudian jatuh ... hr isnin 17hb tu hantar qa'id ke rumah maknoor macam biasa, dan petang jemput macam biasa, ibu tak perasan apa-apa belah malamnya kat rumah. maknoor pun tak cerita apa-apa. 

Esoknya 18hb, selasa, maknoor cakap qa'id asyik berjalan aje sepanjang hari tanpa henti. tidur bila dah penat dan bangun tidur sambung lagi berjalan. malam bila kat rumah agaknya qa'id dh penat sangat, so dia tak tunjuk skill ... kalau berjalan pun hanya 5 langkah then jatuh. hari2 selepas tu, qa'id tak berpeluang tunjuk skill sebab ada aje program sebelah malam. 19hb ke rumah uncle eddy celebrate bday ikmal genap setahun (sebaya qa'id, beza 2 bulan).20hb pulak, bawa anak kucing jumpa vet. 21hb jumaat xde program tapi kalau dah balik rumah, penat dan masa tuk tidur la pulak.

Sabtu 22/9/12 br la nampak betul2. seharian duk layan qa'id berjalan, non-stop, bersemangat, happy dan mahir berjalan. waduh waduh ... ibu kepenatan sudah .... letih tgk qa'id, letih melayan, letih menjerit ... tapi ibu bangga dan happy dan rasa terharu sangat. kata wan, qa'id ikut papa, 10 bulan dh boleh berjalan. 

Qa'id semakin galak explore dunia, sepupu qa'id arissa, masih lg meniarap. arissa lahir tahun ni, beza 2 bulan dr qa'id. kiranya skang arissa berumur 8 bln. berbeza betul dengan qa'id, 8 bulan tu dah berdiri dan berjalan sambil berpaut sofa. itu la bezanya baby girl dan baby boy ... yg merisaukan ibu, berat badan qa'id susut ... tak puas peluk rasanya sebab risau bila peluk kuat2 takut tulang qa'id patah ... huhuhuhu ...

Sekarang tunggu masa qa'id boleh berlari pulak. hahahahhah ... bertambah penat la ibu ... la ni pun, qa'id asyik ikut aje kemana ibu pergi. pantang nampak ibu masuk dapur, mula la qa'id terkedek-kedek berjalan masuk ke dapur. nampak aje pintu utama terbuka, laju la qa'id menghala ke pintu .... memang ibu tak cukup tangan tak cukup kaki nk kawal pergerakan qa'id yg semakin lincah dan aktif.

Bila berdua dengan qa'id ibu akan tarik sofa tuk halang laluan ke dapur. so boleh la ibu buat keje sekejap. mula2 ibu buat macam tu, qa'id bukan main lg marah dan mengamuk. menangis sampai terjatuh dalam pasu bunga wan. disebabkan tu juga ibu tak lagi hadang dengan sofa. tapi last week, ibu terpaksa buat sebab kat rumah tinggal berdua aje. mak su sarah ada tapi ibu tak harap sgt kat dia. 

Disebabkan laluan ke dapur terhalang dengan sofa, ibu malas nk tolak dan tarik sofa tu bila nk lalu. nak panjat dan langkah sofa tu pun ibu malas. so ibu guna laluan short cut. masuk bilik wan dan keluar ke dapur. bilik wan ada dua pintu, satu pintu hala ke ruang tamu, satu lagi hala ke dapur. kedua2 pintu tak pernah nye tutup ... dibiar terbuka 24-7. dalam hati terdetik "qa'id ni kejap lg tiru apa yg ibu buat". ibu masuk dapur tak sampai dua minit, qa'id dah tersembul depan pintu dapur. terkejut beruk ibu ... menjerit la, apa lagi .... qa'id tersengih2 .... nak marah pun tak jadi ... ahahahahhaha

Ibu rasa terkena plak .... ahhhaa ... padan muka ibu, tu la td eksen, kononnya buat macam tu boleh elak qa'id masuk ke dapur. dah tu amik mudah guna short cut depan2 qa'id. memang  sah-sah qa'id duk tengok dan perhatikan ibu keluar masuk ikut pintu bilik wan. alahaiiii anak bijak pandai .... itu la bukti kejadian tuhan, setiap bayi dilahirkan bijak ... terpulang pd kita camana nk didik dan corak masa depan dia. 












No comments:

Post a Comment