Friday, October 5, 2012

Doa pelembut hati dan pendinding diri anak


Amalkan bacaan lima ayat pertama surah Thoha. Selepas itu tiupkan bertentangan dengan hidungnya sewaktu anak sedang menarik nafas ketika tidur.








Amalkan membaca empat ayat akhir surah al-Hasyr ayat 21-24 sewaktu anak anak sedang tidur dan niatkan bacaan itu agar lembutlah hati mereka supaya taat kepada Allah dan ibu bapa.

Setelah selesai dibaca, tiupkan betul betul di ubun ubun kepala anak anak.









Amalkan membaca "Ya-Latiff" dan "Ya Wadud"sebanyak 1000 kali kemudian ditiup kepada kepala anak atau pada makanan atau minuman sambil berdoa dan niatkan hajat untuk melembutkan hati anak dan sesiapa jua. 

Atau untuk dijadikan amalan, setiap selesai doa solat-solat fardhu bacakan "Ya Latiff" dan " Ya Wadud" 100 kali kemudian niat dalam hati berdoa supaya Allah lembutkan hati sifolan bte sifolan.



No comments:

Post a Comment