Showing posts with label Sakit. Show all posts
Showing posts with label Sakit. Show all posts

Thursday, December 12, 2013

Gelembung

Assalamualaikum wbt

Ahad 8/12/13, balik je dari kelas jahit, papa maklumkan ibu, qa'id terkena iron. bagai nak luruh jantung ibu ... qa'id menangis-nangis datang nak peluk ibu ... kesian si anak.

Ibu nak tengok qa'id tak kasi. nak sapu ubat tak kasi, appapun ibu terpaksa juga curi-curi peluang tuk sapukan aloe vera pada tangan yang terkena iron. 

Ni la dia hasilnya, kalau qa'id benarkan ibu letak aloe vera, in sya Allah takkan jadi gelembung mcm ni !! 

curi-curi sapu aloe vera ... dah gelembung !!


keesokan harinya ... x boleh buat apa dah, tempat yang terkena iron semua dh gelembung !!

Ini kali ke tiga terkena iron ... memang tak serik anak sorang ni !!

Demam

Assalamualaikum wbt

Sudah agak lama anakanda al-qa'id tidak demam... dan sejak berumur dua tahun, ini lah kali pertama al-qa'id demam. Demam pulak berpakej .... ibu demam dulu pada hari isnin 9/12/13 .... lemah longlai gagahkan jugak datang kerja .. balik umah jemput al'qa'id, mak noor kata qa'id demam, badan panas. 


Malam tu memang demam qa'id semakin menjadi-jadi. ibu pantau je suhu badan qa'id. bagi ubat demam ... sekitar jam 7 malam suhu 38 darjah. qa'id memang lemah, makan pun taknak, minum susu sebotol kemudian tidur waktu maghrib.


Sekitar jam 11 malam ibu amik suhu dah kurang sikit. 37 darjah aje. tetiba qa'id muntah sekitar jam 2 pagi. ibu bersihkan, tukar cadar, cek suhu naik semula 38 darjah. kemudian bagi ubat bontot ... qa'id sambung tidur. 


10/12/13 selasa, Jam 5 pagi qa'id muntah lagi sekali, sekali lagi tukar cadar. ibu bagi ubat makan sekali dengan ubat bontot, qa'id sambung tidur. 


Hari ni ibu tak kerja, pepagi jam 8 qa'id bangun ceria je ... walaupun badan masih panas. bermain sekejap kemudian merengek balik semula. sempat juga minum susu dan makan bubur nasi, sebelum tidur sekejap sekitar jam 11 pagi, kemudian muntah lagi, keluar semua susu dan bubur nasi ... ambik suhu, 39 darjah. masukkan ubat bontot pulak sekitar 1 tengahari.  


Ibu pindahkan qa'id ke tilam toto, sebab tilam dah lenjan dengan muntah!! ibu teman qa'id tidur, sebab ibu pun demam juga .... bangun sekitar jam 3 petang, suhu badan qa'id 39.4 darjah. ibu dah mula risau, ubat bontot dah 3 biji, stok ubat bontot dah habis. tinggal ubat biasa je. terus bagitahu atuk dan wan, nak bawa qa'id ke klinik. sebelum suhu naik ke 40 darjah.


Atuk dan wan bawa ke klinik zalfah. orang ramai tapi terpaksa sabar menunggu. lega dapat jumpa doktor, doktor periksa kemudian berikan ubat. ibu selit sekali ubat demam untuk diri sendiri. Sampai umah, dah malam, lepas isyak ibu terus tidurkan qa'id. ibu pun collapse jugak. 

Keesokan paginye, 11/12/13 rabu, cuti umum, ibu bangun subuh tengok muntah qa'id sudah kering kat baju ibu dan bantal. qa'id tidur lena. suhu badan dah turun, ibu tak cek berapa. tapi qa'id nampak semakin sihat, badan masih panas tp tak tinggi mcm semalam.

Sepagi qa'id ceria, tiba tengahari qa'id lemah balik semula. selepas beri ubat ibu tidurkan qa'id. ibu pun tertidur juga. petang jam 4 bangun tidur, qa'id ceria. ibu berikan ubat seperti biasa. Qa'id pun dah minta nak makan nasi. makan 2 suap terus stop, minum air suam aje. sebelum tu bagi air kosong, lepas minum muntah, sampai 3 kali ibu tukar baju sebab qa'id muntah ke ibu. bila bagi air suam, dah tak muntah lagi.

Dalam pada demam pun masih lagi sempat pecahkan sebotol antibiotik. baru mkn 2 kali, habis semua antibiotik tumpah. botol kaca pecah dan serpihan kaca berterabur. terpaksa la ibu ke klinik amik yang baru. nasib baik tak perlu bayar. 

3 hari berturut2 qa'id tak selera makan, terjelepok aje lemah longlai. asyik nak berpeluk dengan ibu. kebetulan ibu pun demam juga, masing2 tidur. ibu terpaksa makan walaupun selera takde sebab tak mahu badan lemah, nanti x larat pulak nak jaga qa'id sorang2. papa pulak time ni la dia sailing. tapi hari rabu papa tiba2 muncul. 

Hari ni 12/12/13 khamis, kesihatan qa'id masih lagi demam. ibu pun sama!! semoga cepat sembuh seperti sediakala ... weekend ni nak pergi berjimba-jimba !! in sya allah 

Monday, June 17, 2013

Iron little man

Bangun tidur di satu pagi, terus aje terkam iron yang tengah on. qa'id pegang iron tu dan terus kena. nasib baik la qa'id tak terlepas iron tu, kalo tak habis la keseluruhan tangan dihempap iron. kejadian berlaku dengan pantas sekali, yg ibu terfikir waktu tu ialah amik ubat gigi and sapu pada tempat yang kena iron. 
qa'id menangis sekejap aje tapi kuat. 


Ibu tak sempat nk amik gmbr sebaik selepas kejadian, anak tgh sakit takkan la ibu sibuk nk amik gmbr plak kan. ini pun ibu terfikir tuk snap setelah balik dari kerja, singgah jemput qa'id. terkejut juga petang tu tgk lengan qa'id. bila papa singgah bengkel keta, baru ibu terfikir tuk amik gmbr lengan qa'id yg melecur teruk ni. 

Sedih dan terkilan sgt dgn apa yg berlaku, harap qa'id dh serik dan tak buat lagi lepas ni. sakit terkena iron mmg pedih dan menyengat. tapi anak kecil yg tak tahu apa-apa, ibu yg rasa bersalah sgt2. 


samapi rumah, ibu mandikan qa'id, qa'id sibuk duk picit kesan lecur. alih-alih qa'id dah pecahkan. ibu sapukan lidah buaya, qa'id mengelak sbb sejuk dan berlendir. kejadian ni berlaku pada 31/5/12 jumaat sekitar jam 7.00 pg. 


Tips :- sebaik je terkena air panas atau iron atau apa sahaja yang sewaktu dengannya, terus aje sapu dengan lidah buaya. lidah buaya menyejukkan dan tempat terkena benda panas tadi, tangan tidak akan melecur dan melepuh. berkesan tuk orang dewasa juga. 

Demam kali ke-9

Boleh dikatakan kerap juga al-qa'id demam. kali ni demam sebab ibu demam dan qa'id menyusu susu badan ibu. ibu rasa itu la puncanya. ibu minta maaf ye sayang. 

Demam memang nampak macam sakit biasa je ... tapi bermula dengan demam la penyakit lain akan datang. jadi kalau anak demam cepat2 bawa ke klinik. selepas ibu bawa qa'id ke klinik amik ubat, ibu singgah ke farmasi tuk beli termometer. senang tuk ukur tahap kepanasan demam qa'id. 


Gambar ni diambil jam 3.18 pagi pada 4/6/13 selasa. qa'id terjaga dari tidur kebetulan ibu lapar dan papa baru balik. terus papa ajak keluar makan di kedai mamak seksyen 15 BBB. makan roti canai pisang. huhuhu !!!


Ini lah dia koleksi ubat demam qa'id. alhamdulillah qa'id dah sihat keesokannya. Ibu yang demam tak ingat !! nasib baik qa'id demam x melarat walaupun menyusu susu ibu semasa ibu tengah dilanda demam yang teruk. 


Thursday, May 2, 2013

Monyok

Otw ke Hospital Serdang melawat newborn boy ... sepupu qa'id anak pak teh (abang ibu) .... qa'id monyok sebab demam .... selepas tngok baby, ibu bawa qa'id ke klinik jumpa doktor, amik ubat demam !!



210413 (ahad) 15:04

Demam kali ke-8

Buat kesekian kalinya .... dah agak lama qa'id tak demam, kali ni demam nak bercakap !! 


210413 (ahad) 12:48

Wednesday, February 13, 2013

Jatuh ditimpa tangga

Happy bertukar tragedi. Pagi sabtu lalu 9/2/13 wan dan atuk balik dari umrah. so wan belikan qa'id ole-ole berupa stokin yg dikait. memang comel. ibu suka sangat. bila pakaikan pd qa'id, qa'id excited, x mahu tanggalkan, qa'id berlari2 sana sini dengan stokin tu. tetiba qa'id terjatuh ke belakang. ibu terus menerpa dan angkat qa'id. rupanya lantai tempat qa'id jatuh tu berladur dengan air zam-zam. 

Kepala qa'id terhantuk pada bucu mozek menyebabkan pecah darah dan membengkak. ibu cepat2 tuam dengan air panas. kat rumah memang xde ais. malam td satu hal, hari ni pun satu hal, kesian sangat anakanda ibu yg sorang ni ... sentiasa dapat penyakit. 

Apapun ibu nak tunjukkan stokin yg wan belikan tuk qa'id dan untuk ibu. boleh pakai semasa tidur ... stokin qa'id tu nak pakai jenjalan mcm kasut pun boleh.



Petangnye pulak, balik dr kenduri, papa singgah ke rumah pak long. qa'id duk memanjat tangga sambil diperhatikan oleh papa. ibu dah terdetik dlm hati, tetiba qa'id terjatuh. aduh, lagi sekali qa'id terjatuh ke belakang. bengkak pg td baru nak surut, ni bengkak balik. tempat yg sama plak tu, belakang kepala. ibu terus dapatkan qa'id dan peluk, usap2 belakang dan kepala agar sakit beransur hilang. 

Bagi ibu walaupun hentakan jatuh tu tak kuat mana tp ibu tetap risau. sebab sejak dr kecil hingga sekarang, kalau qa'id jatuh mesti kepala akan terhentak. sekali terhentak, kepala bergegar, kalau berkali2, bayangkan la mcm mana keadaan otak yg bergegar tu ... qa'id masih kecil, kuat mana sangat la tempurung kepala qa'id tu. 

Ibu berdoa semoga tiada apa2 yg serius berlaku pada qa'id ... apapun terima kasih pd wan kerana belikan qa'id dan ibu stokin yg comel ni ... so cozy and comfort !!

Bibir comel berdarah

Kesian sangat kat anakanda ibu yg sorang ni. excited sangat berlari kesana sini akhirnya terbabas. qa'id dengan sekelip mata tertumus pada sofa. tetiba je menangis. bila ibu tgk bibir qa'id berdarah, cepat2 ibu peluk qa'id, tenangkan anak ibu yg teresak menangis. banyak darah meleleh pd baju ibu. ummi yah tolong lapkan darah yg masih bersisa pd bibir comel qa'id. then tuamkan bibir qa'id dengan air sejuk. 



Ibu sangkakan bibir qa'id terkopek, sebab sewaktu tengah lap bibir qa'id seperti ada cebisan kulit yg seakan-akan nak tercabut. tp bila dh kering, nasib baik x teruk, cuma lebam dan terkoyak sedikit. sedih sangat bila qa'id mengalami kesakitan mcm ni. ibu mana yg tak risau dan sedih. semoga anak ibu cepat sembuh ye. apa-pun terjadi anak ibu tetap comel dan ibu sayang qa'id sangat2 !! 

Kejadian berlaku jumaat malam sabtu yg lalu 8/2/13 ... malam sebelum wan dan atuk tiba dari mekah. 

Thursday, January 10, 2013

Gigi yg ke-9 dan ke-10 adalah geraham

Ibu nak cerita tentang qa'id yg masih demam yg tak kebah2 lg hingga ke hari ni. siang suhu badan qa'id normal, tp malam aje badan qa'id panas membara. mcm semalam 9/1/13 rabu ibu bangun jam 1 pg untuk berikan qa'id ubat demam melalui bontot. kalau tak buat mcm tu memang qa'id tak boleh tidur sebab terlalu panas. tidur pun tak berbaju sejak demam. 

Sebelum ni ibu balutkan badan qa'id dengan napkin basah tuk hilangkan panas. qa'id tidur dalam keadaan menggigil. ibu br dapat tahu dr doktor klinik homopati tu, cara tu salah katanya. memang la suhu panas tu boleh dikurangkan tp lama-kelamaan paru2 anak jd lemah. lebih tepat lg peparu berair. innalillahi wainna ilaihi rajiuun. ibu betul2 tak terfikir. maafkan ibu ye sayang. ibu hanya fikir tuk kurangkan panas badan qa'id tp ibu tak fikir kesan disebaliknya. ibu betul2 rasa bersalah.

Ibu janji tak buat lg. cukup la setakat tu. ibu taknak anak ibu mendapat sakit lain pulak disebabkan kecuaian ibu. 

Semalam 9/1/13 rabu, ibu berikan ubat homopati pd qa'id. qa'id makan sambil baring. then ibu perasan ada sesuatu benda putih pada gusi qa'id. ibu amati dan yakin bahawa gigi geraham qa'id belah kanan dh tumbuh. dah lama ia tumbuh tp xde siapa perasan. then ibu perhatikan juga gusi sebelah kiri, ada gigi yg sedang tumbuh. juga gigi geraham. then gusi qa'id belah bawah kelihatan membengkak. mungkin juga gigi geraham belah bawah pulak akan tumbuh tidak lama lg. so ibu terfikir mungkin itu sebabnya punca qa'id demam. tp ibu hairan kenapa gigi geraham tumbuh begitu cepat?? kiranya ini adalah gigi qa'id yg ke-9 dan ke-10 !!

Takde pulak ibu nampak qa'id mengalirkan air liur sebagai tanda gigi tumbuh ... cuma sejak kebelakangan ini, ibu hairan kenapa qa'id suka benar gigit ibu. kalau dapat gigit ibu, qa'id akan gigit dengan sekuat hati sehingga menggigil badan. bersungguh-sungguh qa'id menggigit, sehinggakan lengan ibu pernah membengkak dek kerana penangan gigitan qa'id. dua hari lengan ibu bengkak dan lebam. 

Ibu ceritakan pada wan dan papa. mereka excited mendengarnya. apa tak nya, semua orang hairan kenapa qa'id kerap demam. ibu punya la cari punca dan fikir yg bukan2. kesian anak ibu .... cepat2 baik ye sayangku. aja aja fighting !!

Disebabkan gigi yg tumbuh ni gigi geraham so, memang tak dapat la nak snap pic .... huhuhu

Wednesday, January 9, 2013

Homopati

Buat pertama kali ibu bawa qa'id ke klinik homopati. alhamdulillah akhirnya dapat juga bawa qa'id jumpa dr pakar homopati setelah beberapa kali percubaan gagal dengan frustnyer !! 

Semalam 8/1/13 selasa, tanpa disangka papa tetiba call ibu 10 minit sebelum jam 5 ptg. papa bgtau dh otw jemput qa'id. papa dan qa'id akan tunggu ibu balik sebab nk bawa qa'id ke klinik homopati. papa patutnya sailing semalam, malam semalam papa dh gerak ke klang lebih kurang jam 12.00 tgh malam. tetiba papa kata dia tak jd sailing sebab hari ni rabu 9/1/13 papa ada appointment doktor di hospital serdang. so papa dapat pelepasan sehari. Esok papa mungkin sailing balik semula.  terima kasih papa !!

Tapi ada je dugaan terjadi setiap kali nk ke klinik homopati. kali ni pulak, atuk keluar opis lambat drpd biasa. then kena pulak jemput wan. so perjalanan memakan masa. sampai aje di opis wan, wan pulak keluar sangat lambat. atuk call wan, tak berjawab. ibu cuba call pun x dpt. ibu call papa pun tak berangkat. 

Waktu tu dh 5.30 ptg. otw balik pulak, jalan jam teruk. dah nak kena jemput mak su pulak lg. hurmmm memang x dpt la nk bw qa'id. ibu mesej papa minta papa aje la yg bawa qa'id ke klinik. klinik tutup jam 6 ptg. mmg dh x sempat. sampai aje di sungai merab luar papa call atuk, rupanya papa br aje gerak dr rumah dan jumpa papa depan PLPP bangi. akhirnya dapat juga ibu turut serta. 

Sampai di klinik homopati BBB, klinik xde pesakit lain melainkan kami. dh nk tutup kan. so dpt la jumpa doktor dan berborak lama. doktor beri 2 jenis ubat dengan harga RM30 ... boleh tahan juga harga dia. kalau klinik zalfah 4 jenis ubat RM30. bezanya ubat homopati ni sesuai tuk kanak2 sebab dia manis. dan ada pilihan samada dalam bentuk liquid atau candy. qa'id memang melalak setiap kali makan ubat sebab ubat manis pahit. lebih2 lg makan melalui shringe ... ubat yg diminum akan dimuntah keluar lebih banyak dr yg masuk. 

Ibu tahu qa'id fobia makan ubat sebab kena paksa. kesian anak ibu. mesti menangis setiap kali makan ubat, pastu muntah !! alhamdulillah qa'id suka ubat homopati sebab dalam bentuk candy dan manis. senang je makan!!

Ibu doakan qa'id cepat sembuh, ibu tak sanggup tengok qa'id kerap demam. risau dibuatnya !! get well soon my little warrior !! 

Tuesday, January 8, 2013

Demam kali ke-6 dan kali ke-7

Ibu betol2 lupa nak update sewaktu qa'id demam kali ke-6 tempohari. Sebelum mula demam qa'id batuk2 dulu. hari rabu 12/12/12 qa'id start batuk2. keesokannya batuk qa'id semakin teruk. tidur terganggu dan tak lena serta tak selesa. badan qa'id mula panas pada hari jumaat 14/12/12. hari sabtu 15/12/12 adalah hari lahir ibu dan qa'id demam teruk pada hari tu. atuk bawa qa'id dan ibu pergi ke klinik. tp nk dijadikan cerita, atuk terpaksa pusing satu bandar baru bangi cari klinik. ada yg bukak dan yg dh tutup sebab half day. ada yg bukak tp ramai dan doktor pula seorang. memang betul2 dugaan dan mencabar kesabaran. alhamdulillah akhirnya rezeki qa'id, sebuah klinik di seksyen 15 BBB iaitu klinik mega masih lg buka dan doktor masih ada. dh dpt jumpa doktor ibu pula tak cukup duit tuk bayar harga ubat. nasib baik atuk ada.

Atuk bawa qa'id ke klinik homopati di Kompleks PKNS BBB, orang maha la ramai dan dah tak boleh register. diorg suh datang balik selepas zuhur. atuk bawa pula ke zalfah di seksyen 4 tambahan, kali ni orang ramai dan doktor hanya seorang. atuk tak suka menunggu lama. drive pula ke klinik blakang klinik zalfah, ibu lupa nama klinik. atuk yg pergi jenguk, atuk kata orang ramai. klinik sekitar seksyen 8 pula semua tutup. pergi pula ke seksyen 1, klinik Dr. ng, katanya doktor br je balik dan mereka dalam proses nk tutup klinik sebab half day. pergi pula ke klinik penawar, tutup dah juga. pusat rawatan islam pula doktor dah balik. pergi pula ke seksyen 15, sebelum masuk ke klinik mega, masuk dulu tanya di klinik apa ntah, katanya doktor dh balik. pergi pula ke klinik sebelah iaitu klinik mega, alhamdulillah, doktor masih ada.

18/12/12 pulak qa'id terjatuh dari katil. kali ni buat pertama kali selepas terjatuh qa'id muntah. ibu dah sangat risau. esoknya 19/12/12 juga qa'id muntah 2 kali semasa tidur selepas ibu susukan. hari khamis 20/12/12 ibu minta papa bawa qa'id ke az-zahrah tuk jumpa pakar kanak-kanak. doktor just beri ubat dan kalau ada apa2 berlaku bawa lagi jumpa doktor. alhamdulillah qa'id dh semakin pulih 3 hari kemudian.

Jumaat malam 4/1/13 lepas ibu bawa qa'id menziarah jenazah arwah angah. ikutkan ibu tak mahu pergi sebab x berapa elok bawa anak kecil melawat orang meninggal dunia. tp kalau tak pergi rasa mcm tak kena plak. so pergi juga la nak tak nak kan. sebelum tu qa'id dh batuk2 pada rabu 2/1/13 dan khamis 3/1/13 qa'id muntah semasa tidur. sabtu 5/1/13, badan qa'id dh mula panas sebelah malamnya. ahad 6/1/13 pun sama, malam je badan panas membara. siang suam2 aje. so ibu bagi je ubat demam dan ubat batuk sedia ada. ubat tu masih baru lg, ubat yg dapat dr az-zahrah. 

Semalam isnin 7/1/13 ibu terpaksa amik cuti emergency leave sebab maknoor call inform ibu yg dia ada urusan berkaitan arwah angah. sepanjang hari badan qa'id panas dan batuk kering. yg agak mengejutkan dan menakutkan ibu ialah, bila qa'id baru je terlelap qa'id akan terperanjat dan mata terbeliak. ibu seriau dibuatnya. terus bacakan ayat kursi dan hembus ke muka qa'id. setiap kali ibu hembus ke muka secara kuat, qa'id akan terperanjat dan buntang mata memandang ibu seolah2 marah. meremang bulu roma ibu. bila qa'id dh lena, ibu berlari ke bilik amik surah yasin dan letakkan atas badan qa'id. qa'id terjaga 2 jam kemudian. then petang lagi sekali qa'id tidur dan perkara yg sama mcm td berlaku. 

Bila papa balik, ibu ceritakan apa yg berlaku. nak jumpa bomoh, katanya hari ni bomoh off. bomoh pun boleh off day kan !! pape je la. so papa ajak ke klinik homopati tp nasib tak menyebelahi. klinik dah tutup jam 6 petang lg. satu lg klinik homopati tutup jam 7 malam.  terlewat beberapa minit aje. walau buat muka kesian pun, doktor tu berkeras nak balik. takpe la kalau dia xde belas kasihan. malam tadi qa'id tak lena dan asyik terkejut aje. qa'id akan bangun dan menangis. kesian sangat. badan pun panas membara. kali ni memang teruk demam anakanda al-qa'id. badan panas sampaikan kalau sentuh tu memang rasa menggigit. 

Qa'id semakin kerap demam sejak kebelakangan ini. boleh dikatakan sebulan sekali mesti demam. sekali demam mesti seminggu lebih. dan yang terkilan nya setiap kali qa'id demam papa xde, papa pergi sailing. ibu plak tak mampu buat apa2. mengharapkan belas ehsan atuk dan wan. 

Adakah normal bg anak yg berumur setahun lebih kerap demam?? 

Wednesday, December 12, 2012

Si penghisap darah

Ibu nak ceritakan apa yg berlaku pd qa'id last weekend. pagi sabtu 8/12/12 ibu follow qa'id jenjalan sekitar rumah. kemana saja qa'id nk pergi ibu follow. qa'id kalau dh dapat bebas keluar bermain luar rumah, memang heaven la ... so qa'id berjalan turun ke bawah ... jalan yg menurun tu membuatkan qa'id jalan berlari ... ibu terpaksa pegang leher baju qa'id supaya qa'id tak tersungkur ke depan.

Sampai ke selekoh rumah, ibu dan qa'id tersungkur sama 2 sebab terpijak pelepah pokok pinang yg licin sebab lembab. nasib baik takde yg cedera. nasib baik qa'id tak pergi jauh. hanya berlegar2 sekitar pkok buluh depan rumah jiran aje. kalau qa'id turun lg, memang azab la nak naik balik ... tinggi kot bukit tu !!

Tetiba terdengar orang halau monkeys ... ibu cepat2 dukung qa'id ... bawa naik atas balik rumah ... monkeys kat sini tak takut orang, lebih2 lagi perempuan ... cukup la pengalaman ibu dengan monkeys yg lepas tu .. terkencing dibuatnya ... ni pulak dengan qa'id, ibu taknak bahayakan qa'id. sampai aje ke rumah .. ibu biarkan qa'id bermain sorang2 di ruang tamu .. ibu tengok bubur nasi kat dapur ... heheheh masak bubur then tinggal ... boleh kan .... kalau wan tahu mesti kena marah .. eheheh

Then ibu dapatkan qa'id, ibu td terlupa nk tanggalkan kasut qa'id rupanya. bila tanggalkan kasut, ibu hairan tengok kaki qa'id berlumuran darah ... panik seketika .. camana leh berdarah ni??? ibu belek2 kaki qa'id, mana tahu terseliuh ke ... terkena batu or kayu ... sebab td kami terjatuh. ibu perasan darah asik keluar aje ... tanpa buang masa ibu bawa qa'id masuk ke bilik. kejutkan papa. papa pun terkejut tengok ... terus bawa qa'id basuh kaki ... cuci darah yg berlumuran .... bila dh bersih, br la nampak tempat punca darah keluar. darah masih lg keluar, tp xde kesan luka di mana2 ... ibu syak ni mesti kerja si pacat ... si penghisap darah ...  pacat yg tak sempat kenyang ... 

Papa suh ibu sapukan minyak gamat ... dan papa balutkan kaki qa'id dengan kain tuk hentikan pendarahan. kesian anak ibu ... mesti gatal sgt2. tp qa'id relaks aje ... petang bila ibu buka balutan, darah masih lagi juga keluar ... teruk benar kesan gigitan pacat ni ... so ibu sapukan lg sikit dengan minyak gamat, then tutup dengan plaster. sewaktu qa'id tidur tengahari td, ibu akhirnya terjumpa pacat yg hisap darah qa'id. perasaan geram, marah dan sakit hati sampai ke tahap maksimum ... ibu amik pacat tu letak atas daun, ibu bakar dia dengan mancis. puas hati ibu tengok pacat tu mati .... 



Wednesday, November 14, 2012

Demam kali ke-5

Rabu 7/11/12 ibu jemput qa'id di rumah maknoor macam biasa. maknoor cakap badan qa'id panas mcm nk demam. esoknya hari khamis 8/11/12 jemput qa'id dr rumah maknoor, qa'id betul2 dah demam .... badan memang sangat panas, kaki dan tangan sejuk serta selsema. 

Sampai di rumah ibu terus lumurkan kepala qa'id dengan asam jawa. then ibu nk bg qa'id makan, so ibu bancuh air oligo. ibu suapkan roti cicah dengan air oligo. br je suap satu mulut, qa'id terus muntah, roti tu belum pun sempat ditelan. ini kali pertama qa'id muntah, 3 kali demam sebelum ni xde muntah pun. ibu terkejut dan panik seketika, qa'id dh mula merengek. ibu cepat2 buka baju dan seluar, basuh badan qa'id yg terkena muntah. 

Setelah ibu siap pakaikan bj baru, ibu sambung bagi qa'id makan roti td. kali ni qa'id makan perlahan-lahan. suapan kelima, qa'id muntah lagi sekali. ibu terus stop, cuci lg sekali, dan decide tuk tidurkan qa'id. ibu pakaikan qa'id lampin baru, ibu sapukan sedikti lg asam jawa ke kepala qa'id, balutkan badan qa'id dengan kain lampin lembab. qa'id berkemban.

Malam tu qa'id tidur awal sebab siang td maknoor kata qa'id tidur sekejap aje tengahari. kul 2 dh bangun dan petang tak tidur lagi dah. kebetulan qa'id demam plak lg so ibu tengok qa'id dh lemah aje, ibu terus tidurkan qa'id awal. ibu pun dapat la baring lebih awal dr biasa. make sure qa'id tidur br ibu tidur. tp tidur ibu  tak lena sebab qa'id kerap kali terjaga.

Ibu tahu qa'id x selesa, badan tak sihat, sebab tu qa'id tidur tak lena. setiap kali terjaga ibu akan suakan nenen dan itu sahaja la yg jd pengubat tuk qa'id tidur lena walaupun seketika. ibu juga rasa kepanasan dalam mulut qa'id setiap kali qa'id nenen. badan qa'id menggigil sepanjang malam. diluar qa'id menggigil tapi di dalam kepanasan. bila terjaga aje, qa'id menangis dan merengek. menitis air mata ibu melihat keadaan qa'id. 

Sepanjang malam tu qa'id terjaga ada la sebanyak 5 kali, setiap kali terjaga, kain lampin yg tadi lembab jadi kering, so ibu basahkan semula. bila pakaikan ke badan qa'id, terus qa'id meraung, bila aje kain lampin lembab tu terkena kulit, qa'id menggigil ... ibu rasa sangat sedih dan kasihan tapi itu aje la cara tuk kurangkan panas dalam badan. tp alhamdulillah, qa'id seorang yg kuat. ibu balutkan cepat2 dan terus baringkan qa'id, bg nenen, terus tidur semula. syukur sgt2 sb qa'id nk tidur .. 

Tadi atuk ada cakap nak bawa qa'id ke klinik mlm nnt tp since qa'id dh masuk tidur awal selepas maghrib, ibu tak sampai hati nk kejutkan qa'id dan bawa ke klinik. dalam masa yg sama kalau boleh waktu tu juga ibu nk bawa qa'id ke klinik. 

Keesokan harinya jumaat 9/11/12, baru la ibu bawa qa'id ke klinik. ibu amik cuti MC sebab nak jaga qa'id seharian. ibu tak sampai hati tuk tinggalkan qa'id pd maknoor. nnt ibu tak tenang di ofis. lg satu ibu tak mahu demam qa'id berjangkit dengan baby lain pula. tp hari jumaat tu alhamdulillah badan qa'id dh back to normal, pergi ke klinik sebab nak dapatkan ubat agar next time kalau demam berlarutan, boleh terus bg aje ubat tu.

Sabtu 10/11/12, qa'id sihat dan aktif seperti biasa. hari ahad 11/11/12 badan qa'id kembali panas. Isnin 12/11/12 ibu hantar ke rumah maknoor. selasa 13/11/12 cuti hari deepavali, ibu bawa qa'id ke klinik lagi sekali sebab demam qa'id masih berlarutan tp suam-suam aje. cuma batuk dan selsema qa'id semakin menjadi-jadi. apa taknye, papa balik dr sailing, bawa balik selsema, jangkitkan pada ibu. ibu plak jaga qa'id sepanjang masa, so virus influenza tu dihembus dan disedut bergilir2. walaupun papa sedut hingus qa'id, tp papa pun selsema juga. mana la anak ibu nk sihat cepat kan. so doktor bg antibiotik, ubat selsema, ubat batuk dan ubat demam. 

Batuk qa'id makin teruk, anak tekak merah dan tidur pun terganggu sebab asyik batuk aje sepanjang tidur. tetapi bila siang, qa'id aktif bermain, xde pulak batuk tu datang. itu yg ibu rasa pelik. kasihan anakanda al-qa'id. cepat sembuh ye sayangku. 


terpaksa tidur atas toto sebab asam jawa penuh kat kepala dan kain lampin tu pulak lembab. ibu pun turut sama tidur dengan baju yg basah sebab peluk qa'id ...