Sunday, August 3, 2014

Syawal 2014

Hari ni dah 7 Syawal 1435H, masih belum terlambat untuk kami mengucapkan

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON MAAF ZAHIR & BATIN
Dari Ibu, Papa & Al-Qa'id

Tahun ni beraya di kampung halaman ibu di kelantan. Gerak balik kelantan 3 hari sebelum raya. Tengahari hari raya pertama kami dah gerak balik kampung papa di Kajang. So dapat la beraya dengan atuk, wan dan sedara mara.

Ibu ada snap beberapa gambar .. kali ni ibu sangat lah takde mood nak ambil gambar. Asal ada aje lah !!











Majlis Berbuka Puasa APMM

Ramadhan dah berlalu, tapi ibu baru berkesempatan untuk update blog. Apa boleh buat !!

Pada 6 Julai 2014 bersamaan 8 Ramadhan 1435H, satu majlis berbuka puasa telah diadakan di tempat kerja papa. Ibu dan qa'id pun turut serta. Tak banyak perkara menarik untuk diceritakan, tapi ibu nak share gambar yang sempat ibu snap sepanjang majlis. 






Qa'id mulanya memerhatikan aje jemaah bersolat. Dari solat maghrib, isyak kemudian terawikh. Bila tiba solat witir baru qa'id follow. Nasib baik ibu perasan, terus ibu snap !!