Thursday, June 5, 2014

Belajar buang air dalam tandas

Assalamualaikum wbt

Hari ni masuk hari ke-4 anakanda al-qa'id tak pakai lampin ... Kira mcm skang ni dalam misi melatih anakanda al-qa'id membuang air kecil dan air besar dalam tandas ... Dengan harapan lepas ni tak perlu pakai lampin. Buat masa ni waktu siang tak pakai lampin, waktu malam bila nk tidur baru pakaikan ... Jadi dapat la kurangkan penggunaan lampin ...

Hari pertama sungguh menguji kesabaran ... Semua org yg ada di rumah beri kerjasama ... Stp ms bergilir2 tanya ... Sekejap sekejap basah ...

Hari kedua sekali aje qa'id berjaya buang air kecil dalam tandas ... Dah kira bagus juga la ... Seharian berbogel sbb seluar semua basah ... Xde yang kering

Hari ketiga lebih dari 5 kali qa'id buang air kecil dalam tandas ... Qa'id masih lagi tak cakap nak buang air, tapi dia bagi hint kalau nak buang air ... Bila tengok aje dia ramas baju bersama anu ... Nk kencing la tu ... Cepat2 la bawa dia ke tandas ....

Hari keempat ... Qaid masih xnak cakap jugak tapi pandai mengajuk kita cakap ... Dia faham tapi x tahu nape masih xnak ckp ... kita fhm dia nk kencing sbb dh tahu timing dan hint yg dia tunjuk ... Kali ni pakej sekali dengan berak, bbrp kali dia kencing menceceh, pastu nangis ketakutan, takut kena marah ... Masih jugak pakai baju tanpa seluar ... Sengaja tak pakaikan seluar ... Penat nak menukar dan membasuh

Umur qa'id sekarang 2 tahun 7 bulan ... Sebenarnya Ibu tak tahu pada umur berapa yang sesuai tuk melatih anak kecil ke toilet ... Dan ibu sendiri pun belum bersedia lagi ... Ikutkan hati biar la anakanda sendiri yang putuskan ... Tapi tak salah kalau mencuba pd masa sekarang ...

Melihatkan anakanda yang membesar dgn cepat, perkembangan minda dia pun cepat .. Ibu rasa ibu patut bersedia lbh awal dan kena ikut rentak dia ... Sbb stp kanak2, lain perkembangannya ... Setiap hari ada aje benda baru yg qa'id belajar ... Dia pun cpt pick-up bila kita ajarkan sesuatu .. Ibu pun kena la cepat bertindak juga .. Itu yg banyak sangat perkembangan qa'id yg terlepas untuk update kat sini ... So far ibu pun turut belajar banyak benda melalui qa'id ...

Sekarang ni bukan main petah lg mulut dia bercakap, perbuatan dia memang di luar jangkaan ... Apa yg kita cakap dia cepat aje tiru, setiap perbuatan kita smda sengaja atau tak .. Cepat aje dia tiru ... Baik buruk belakang kira ... Sebab dia sendiri pun belum boleh bezakan benda baik dan buruk ... Cuma yg dia tahu apa yg dia nampak dan dengar serta alami sendiri, dia akan aplikasikan dan praktik terus ... Kita ni la sbg ibu dan bapa kena kontrol dan didik dia .... Mmg betul kata pepatah ... "Anak ibarat kain putih" ... "Melentur buluh biarlah dari rebungnya" ...

Wednesday, March 26, 2014

Berkelah di Pantai Pasir Lanun, Mersing bhg.2

Assalamualaikum wbt

Sambungan entri semalam .... 

Memang puas hati qa'id dapat bermain, berjemur panas, berkubang hingga tak mahu makan, tak mahu naik ke darat !! 


seronok bermain dengan kawan .... 







bilas sebelum balik .... terkejut tengok kesan burn .... teruk benar nampaknya 



mengantuk tapi nak makan jugak .... makan sambil mata hampir tertutup 




Terbongkang tidur .... kepenatan !!



Kesan burn tu memang memedihkan menyakitkan... qa'id menangis setiap kali lepas mandi bila ibu lap dengan towel .... kesian sangat ... kesan burn tu akan ambil masa yang lama untuk hilang !!

Ibu sendiri pun burn jugak ... lepas bersihkan diri kulit muka tegang je dua tiga hari, kemerah-merahan ... memang tak prepare sunblok pun ... ni semua akibat last minit punya kerja !!!