Friday, January 2, 2015

Maulidur Rasul

Assalamualaikum wbt

Esok Maulidur Rasul. Ibu nak ucapkan 


Selamat menyambut hari keputeraan Rasulullah SAW.

Harapan ibu pada anakanda al-qa'id ialah, semoga anakanda mencontohi Rasulullah dalam kehidupan seharian. Segala perbuatan, perlakuan, gaya hidup, dan apa sahaja yang menjadi amalan Rasulullah, serta apa sahaja yang Rasulullah tinggalkan untuk umat islam, akan menjadi ikutan anakanda al-qa'id, akan menjadi amalan anakanda al-qa'id, dan menjadi pedoman hidup anakanda al-qa'id. Semoga al-qa'id menjadikan Rasulullah sebagai idola anakanda. 

InSyaAllah

Untuk pengetahuan anakanda, papa juga lahir pada tarikh yang sama dengan Rasulullah SAW kalau mengikut bulan islam. Kalau ikut bulan masihi qa'id dan papa sama bulan iaitu november. Apapun ibu sayangkan papa dan qa'id.



Tahun baru azam diperbaharui

Assalamualaikum wbt

Apa kata kita mulakan tahun baru 2015 ni dengan ucapan



Orang kata tahun baru adalah masa untuk memasang azam baru. Takpun cuba memenuhi azam tahun sebelum yang belum tercapai. 

Nampak gaya nya ibu berhasrat untuk menceriakan semula blog ni yang jarang2 sekali ada update. Itulah azam ibu tahun ni. 

Banyak sangat perkembangan anakanda al-qa'id yang ibu tertinggal. Sedih dan terkilan sangat-sangat. Namun apakan daya, lain yang ibu rancang, lain yang terjadi. 

Ini lah satu-satunya tempat untuk ibu simpan segala cerita tentang qa'id. Tapi malangnya, banyak yg tak tercerita. tersimpan dalam kepala, kemudian hilang. So sad !!

Tahun 2015 ni ibu akan perbaiki diri. Semoga usaha ibu berhasil. InSyaAllah