Thursday, August 7, 2014

Rutin pemeriksaan kesihatan anak

Anakanda Al-Qa'id sepatutnya perlu membuat pemeriksaan pada 7 Julai 2014 yang lalu. Tapi disebabkan ibu tertinggal buku rekod kesihatan qa'id maka terpaksalah menangguhkannya. Hampir sebulan juga tertangguh. Semalam barulah ibu berkesempatan membawa qa'id ke klinik.

Oleh kerana sekarang dah berpindah ke Mersing, makanya ibu kena lah bawa qa'id ke klinik di Mersing. Setelah bertanya kepada jiran-jiran, mereka mengesyorkan ibu ke klinik berhampiran iaitu Klinik Desa Sawah Dato', Mersing, Johor.

Perama kali menjejakkan kaki ke klinik tersebut ... parking kosong !! jam sekitar 11 pagi lebih. Bila masuk kedalam, suram aje, lampu dim ... tapi ada orang di dalam ... 2 orang nurse serta seorang lelaki, pelanggan memang takde sorang pun ... bila ibu bagi salam dan bertanya .... nasib baik beroperasi. huhuhuhu buat suspen aje klinik ni !! 

Lepas pemeriksaan dan segala urusan selesai ibu terus balik. Tapi geram sangat pada qa'id, dia boleh berlari keluar untuk bermain gelongsor .... ibu risau dia ke jalan besar ... banyak kenderaan kot sebab itu laluan utama ke Bandar Mersing. Itu la masalahnya kalau bawa qa'id keluar berdua. Dia tak tahu duduk diam. selalu buat ibu jadi kalut, risau, geram dan bengang. 

Panggil qa'id dah tak hirau, bila ibu datang dekat dia cepat-cepat lari, terpaksa la kejar, lagi la qa'id lari makin laju. Dia ingat kita nak bermain seronok-seronok dengan dia agaknya... hish geram sungguh.

Tentang klinik tu pulak, layanan nurse taklah sebagus mana pun, biasa je ... mungkin sebab ibu datang tu mereka tengah seronok menyembang, mungkin mereka x menjangkakan ada pelanggan akan datang, so perbualan mereka terganggu... atau mungkin sebab ibu ni baru lagi kat situ ... service pun tahap biasa je ... 

Mana-mana aje orang Mersing ni memang mahal dengan senyman ke??? i hope not all .... entah la !!

No comments:

Post a Comment