Terdapat beberapa amalan penting yang biasa dilakukan di hospital terutama hospital rakan bayi untuk membantu ibu-ibu menjayakan penyusuan eksklusif ke atas bayi seperti berikut:
1. Penyusuan awal dalam tempoh 1 jam pertama selepas bersalin
Rasionalnya:
-merangsang proses penghasilan dan pengaliran susu yang cepat dan berterusan
-memastikan bayi mendapat kolostrum yang menjadi imunisasi pertama bayi
-bayi mempunyai naluri hisapan (rooting reflex) yang kuat sebaik sahaja dilahirkan
-membantu mempercepatkan pengecutan uterus untuk mengelakkan pendarahan berterusan atau tumpah darah selepas bersalin
-mengeratkan kasih sayang ibu dan anak
2. “Rooming-in” – bayi diletakkan bersama ibu sepanjang masa
Rasionalnya:
-bayi dapat disusukan bila-bila masa
-mudah meneruskan penyusuan eksklusif
-merangsang pengaliran dan penghasilan susu ibu
-mengelakkan bengkak payudara
-mengeratkan kasih sayang ibu dan anak
-mengurangkan infeksi/jangkitan
3. “On Demand Feeding” – menyusu mengikut kehendak bayi
Rasionalnya:
-menyusu dengan kerap mengikut kehendak bayi
-mudah meneruskan penyusuan eksklusif
-merangsang pengaliran dan penghasilan susu ibu
-mengelakkan bengkak payudara
-membantu mempercepatkan pengecutan uterus untuk mengelakkan pendarahan berterusan atau tumpah darah selepas bersalin
-mengeratkan kasih sayang ibu dan anak
4. Tidak memberi bayi baru lahir minuman atau makanan lain selain susu ibu
Rasionalnya:
-memastikan bayi mendapat kolostrum yang merupakan imunisasi penting untuknya
-sistem pencernaan bayi baru lahir masih belum matang untuk memproses makanan atau minuman lain selain susu ibu
-minuman atau cecair lain menghakis salutan bahan pelindung penyakit yang diperolehi oleh bayi melalui susu ibu
-mengelakkan risiko infeksi/jangkitan dan cirit birit
-memudahkan ibu meneruskan penyusuan eksklusif
-merangsang pengaliran dan penghasilan susu ibu
-mengelakkan bengkak payudara
5. Bayi tidak diberi puting tiruan atau puting kosong atau pacifier
Rasionalnya:
-mengelakkan masalah keliru puting
-menyebabkan kurang rangsangan ke atas payudara ibu
-memastikan bayi dapat mempraktikkan lekapan yang betul pada payudara ibu
-mengelakkan penolakan puting ibu oleh bayi
-memudahkan ibu meneruskan penyusuan eksklusif
-merangsang pengaliran dan penghasilan susu ibu
-mengelakkan bengkak payudara
No comments:
Post a Comment