Tuesday, March 19, 2013

16 bulan

Dah sangat lama ibu tak update blog qa'id ni. banyak benda nak update tapi asyik tangguh aje menyebabkan sume idea hilang .... yang paling ibu sedih umur qa'id dh masuk 16 bulan pada ahad lepas pun ibu betul2 lupa. maafkan ibu ye sayangku.

Ahad 17/03/13 yg lepas genaplah umur anakanda al-qa'id 1 tahun 4 bulan. ibu rasa masa berlalu begitu cepat hinggakan ibu lupa untuk catat segala perkembangan qa'id .... ibu dh janji untuk update sentiasa tapi ibu tak mampu .... nak kata busy kt tempat kerja tu, biasa2 aje ... kat rumah sabtu dan ahad memang x dapat la nk update .... kat opis plak, payah nk update sebab ada aje orang yg datang pantau pergerakan dan aktiviti. kadang tu bila ada masa, mood plak xde, idea nk menulis hilang ... so asyik tangguh aje hinggakan dah tak tertulis dah .... maafkan ibu ye sayang.

Ahad lepas nak bawa qa'id ke zoo negara pun terpaksa batalkan sebab qa'id kepenatan seharian tak tidur, follow papa pergi kenduri ... otw balik dr kenduri qa'id terlelap sambil nenen, jadinya ibu dan papa decide kita terus balik rumah aje la, kesian qa'id seharian tak tidur. takde rezeki bawa qa'id tengok binatang kat zoo negara. apapun next week kalau jadi kita sekeluarga akan ke Lumut tuk family day hajah aminah (onyang). papa mungkin tak join sebab ada hal kerja.

Sempena umur qa'id yg semakin meningkat ni ibu doakan semoga anak ibu muhammad al-qa'id ha'il membesar menjadi seorang yg beramal soleh, baik budi pekerti, berani, kuat semangat, bijaksana dan sihat walafiat. semoga qa'id dilindungi, disayangi, berjaya dalam hidup, bahagia dan panjang umur. Amin ya rabbal alamiin. 


No comments:

Post a Comment