Tuesday, March 19, 2013

Berjimba-jimba

Ini adalah kali pertama ibu dan papa bawa qa'id mandi manda di sungai. bukan main seronok lagi anak ibu dapat main air. ahad 10/3/12 yg lepas papa bawa qa'id dan ibu ke sungai tekala. gerak dari rumah lebih kurang jam 10.00 pagi. dalam perjalanan ke sana, qa'id tak pernah duk diam menyebabkan qa'id tertumus ke depan dan dahi qa'id terhantuk pada radio kereta semasa papa brek mengejut. qa'id menangis dan peluk ibu. tetiba qa'id senyap, rupanya qa'id terlelap.

Sampai ke sungai tekala qa'id terus terjaga, masuk je ke pusat rekreasi, qa'id teruja tengok air, tak sabar2 nak masuk dalam air. orang ramai macam biasa dan meriah. tapi tak susah nak cari tempat sesuai tuk dijadikan port. pada mulanya, ibu bawa qa'id main air kat kawasan cetek, kemudian baru la papa pula bawa qa'id mandi kat tempat yg ramai orang dan lebih dalam. ibu tak berani nak bawa qa'id mandi kat tempat dalam sebab ibu tak pandai berenang. ehehheh !! tinggal la ibu kesorangan berendam dalam air sambil menikmati dan memerhati kawasan sekitar. kalau ibu ikut sama, nnt habis la barang2 kita dikebas orang. 

Tak lama kemudian papa dan qa'id balik semula ke tempat ibu, qa'id dh memang totally wet dan papa pun sama. qa'id menggigil kesejukan, muka pun dh nampak kebiruan manahan sejuk. ibu suapkan qa'id nasi lemak, banyak qa'id makan. anak ibu lapar sebab penat main air dan mandi manda. tak lama lepas tu papa ajak balik sebab orang semakin ramai, lagipun dh agak lama berendam. kat port kita tu pun ada orang lain yg join. so dah tak selesa. dalam kereta qa'id terlelap sepanjang perjalanan. ibu lega sebab ibu tahu qa'id kepenatan. dan memang time qa'id tidur pun jam 1 ptg. sampai ke rumah ibu tidurkan qa'id, ibu pun turut terlelap juga. 

Terima kasih pada papa kerana sudi bawa qa'id dan ibu jenjalan mandi air sungai. nnt ada masa kita datang lagi. 

No comments:

Post a Comment