Sunday, March 2, 2014

Berpindah

Assalamualaikum wbt

Lama sungguh ibu tak berkesempatan untuk update blog qa'id .... last update pertengahan Januari lepas .... banyak story nak share tapi sebab dah lama sangat tangguh, ibu dah lupa. 

So entry kali ni ibu nak cerita sedikit tentang perpindahan (follow papa posting ke tempat baru) ... disebabkan papa kerjanya memang menghendaki untuk berpindah bila tiba masanya ... dan ini merupakan kali pertama ... destinasi nya ialah Mersing, Johor. Tak pernah ibu bayangkan apaah lai qa'id .... papa akan berpndah ke Mersing .... sebab ibu harap sangat papa posting ke Kelantan ..... takpun Langkawi.

Sebelum ini ibu pernah ceritakan keadaan anakanda al-qa'id yang agak teruk juga keadaan nya apabila merindui papa .... sampai demam-demam dibuatnya .... kesian sangat ..... alhamdulillah akhirnya tiba juga masa yang dinanti-nanti, ibu dan qa'id ikut tinggal sama dengan papa di Mersing. Orang yang paling happy ialah semestinya ibu .... syukur sangat sebab hasrat ibu akhirnya tercapai iaitu untuk menjadi surirumah dan isteri dan ibu sepenuh masa.

Hari ni Sabtu 1 Mac 14 dah masuk hari ke-12 ibu dan qa'id tinggal di Mersing .... alhamduillah syukur pada Allah SWT kerana mempermudahkan segala urusan. Semua barang-barang masih ada di rumah mentua .... hanya bawa apa yang perlu sahaja dulu ... nanti bila sampai masanya semua barang akan dipindahkan ke Mersing. Mudah-mudahan.....

Hari bertolak ke Mersing pada 18 Feb 14 hari selasa ... qa'id masih belum memahami apa yang berlaku .... apapun sepanjang perjalanan berjalan lancar ... gerak awal pagi sekitar jam 8.30 pagi .... sampai ke Ayer Keroh dah jam 10 pagi lebih .... singgah RnR Ayer Keroh untuk mandikan qa'id ... then sambung perjalanan .... 

Sepanjang perjalanan dari Ayer Keroh qa'id terlelap sewaktu tengahari .... then sebaik sampai Ayer Hitam qa'id jaga. Singgah sebentar di Ayer Hitam sebab ternampak ada kedai menjual barang-barang yang agak menarik ... singgah sekejap untuk tengok lebih dekat. Tak sangka qa'id plak buat perangai .... dia pertama kali jumpa fountain ... seronok duk main air ... ajak balik dia tak mahu ... baju dah basah terkena percikan air fountain tu ... dalam kereta qa'id merajuk dan melalak sebab kena paksa masuk kereta. 

Alhamdulillah sampai ke Mersing lebih kurang jam 3 petang ... Ini dikira sebagai satu permulaan juga dalam hidup ibu dan qa'id ... apapun ibu sangat risaukan qa'id .... sebab kat tempat baru .... nak kena sesuaikan diri ... nak cari kawan baru .... permainan baru dan banyak lagi ... almaklumlah ... mainan qa'id tak dibawa bersama ... kawan tu rasanya anak jiran mungkin boleh berkawan ... tapi sepanjang hari qa'id berdua dengan ibu, terkurung dalam rumah .. mesti qa'id bosan ... ibu tahu qa'id dah tahap bosan .... hingga ke hari ni memang qa'id nampak sangat kebosanannya ... ibu tak tahu nak wat camana .... ibu usaha download lagu kanak-kanak dari youtube .... Barney dan Teletubbies dan zikir .... movie kartun despicable me feveret qa'id .... tapi untuk jangkamasa panjang ... itu semua tak memadai dan tak bagus untuk perkembangan minda dan tumbesaran qa'id .... 

Ibu harap sangat situasi ni sementara sahaja .... setakat ini qa'id main dengan kucing .... dengan moto mainan ... di dalam dan luar rumah ... ada ketika bertegur sapa dengan jiran-jiran ..... qa'id yang menegur dulu, ada jiran belakang umah ... pangkat atuk dan nenek  .... friendly juga anak ibu ni ... ikut perangai papa ... budak-budak sebaya qa'id ada ... tapi biasanya diorang akan keluar bermain bila dah petang .... tapi qa'id bila dah nak asar baru nak tidur .... jiran sebelah rumah plak ada anak tapi masih kecil ... belum setahun lagi ... so boleh la jadi kawan qa'id ... tapi ibu plak segan nak pergi rumah dia ... 

InsyaAllah ada masa ibu bawa qa'id ke taman permainan dan rumah jiran-jiran .... ibu pun baru je berkenal-kenalan dengan jiran-jiran .... belum rapat lagi ... apapun ibu risaukan qa'id je sekarang ni .... qa'id sangat terhad dan terbatas pergerakan .... selebihnya qa'id akan kacau ibu .... lepaskan segala geram dan amarah pada ibu ... kesian qa'id .... 


*****************************************************************
Qa'id ketiduran


*****************************************************************
Kedai yang dimaksudkan




*****************************************************************
Fountain




*****************************************************************
Dah sampai Mersing






No comments:

Post a Comment