Wednesday, January 15, 2014

Rindu yang menghantui

Assalamualaikum wbt

Ibu nak share kejadian yang berlaku semalam. sepanjang hari ni air mata ibu sangat murah ... mengalir setiap kali teringat anakanda al-qa'id.

Semalam ada majlis makan-makan sempena atuk dan wan yang bakal berangkat ke mekah malam nanti. so atuk panggil ahli keluarga terdekat untuk berkumpul dan bersua ... 

Malam menjelma, tetamu mula tiba selepas isyak. qa'id sangat excited menyambut tetamu ... bunyi je kereta diluar dia meluru keluar untuk melihat ... kira macam sambut tetamu depan pintu lagaknya. so dalam keriuhan saudara mara tu, qa'id seolah-olah terpinga-pinga ... seperti hilang arah. 

Ada dua pupu qa'id, lelaki, adik beradik yang sebaya ... mereka dua beradik riuh bermain kejar mengejar. mulanya qa'id cuba untuk join tp nampak macam tak geng. beberapa kali mencuba akhirnya qa'id mengalah. qa'id bermain sendirian seperti kebiasaanya. 

Ibu duduk atas sofa melepaskan penat sambil memerhatikan sekeliling ... qa'id datang menghampiri ibu dan minta dipeluk. qa'id hanya memerhatikan dua beradik tu bermain. kemudian ayah dua beradik tu memanggil qa'id ... qa'id sudah berada di ribaan ayah sepupunya ... sambil bermain game di hp. dua beradik tu ternampak terus rasa cenburu ... entah macamana qa'id menangis. 

Bila dh reda setelah dipujuk ayah sepupu, ibu pulak ajak qa'id masuk bilik. ibu tengok qa'id dh macam tak bermaya dan mengantuk ... ibu bersihkan badan qa'id dan buatkan susu. selesai minum susu, qa'id terus aje tidur. hurrrmmmm ibu tahu qa'id sangat penat kerana seharian qa'id bermain dan tak mahu jamah makanan. susu pun tak habis.

Bila majlis dh selesai sekitar jam 12 mlm ibu masuk ke bilik untuk tidur, sebelum tidur ibu cium pipi qa'id. qa'id mcm terganggu, qa'id terjaga dan terus menangis. ibu pujuk tepuk-tepuk supaya qa'id sambung tidur. qa'id masih menangis sehingga terbatuk batuk ... ibu sudah mula risau ... qa'id biasanya akan muntah kalau menangis. lama kemudian qa'id akhirnya tertidur sendiri. 

Ibu baru sahaja nak terlelap, qa'id terjaga lagi dan menangis lagi. ibu terfikir qa'id mungkin sakit perut, bila tepuk memang bunyi kembung. so ibu amik minyak yuyi dan sapukan pada perut serta urut sedikit. qa'id terlena. tak lama kemudian qa'id terjaga dan menangis lagi. berulang kali macam tu sehingga jam 2 pagi. ibu betul2 buntu. tak tahu dah nak buat apa ... 

Yang sangat menyedihkan, jam 2 pagi qa'id terjaga dan menangis, ibu yang baring di sebelah seolah-olah tak wujud ... qa'id tetiba turun dari tilam, buka pintu bilik dan meluru keluar sambil menangis teresak-esak. ibu rasa sangat pelik, ibu keluar nak tengok qa'id, nampak qa'id berdiri di muka pintu sambil menangis. tersentuh rasa hati ibu ... kenapa dengan qa'id ni ???? tak pernah jadi macam ni sebelum ni ... 

Bila aje qa'id nampak ibu, terus dia meluru mendapatkan ibu ... tetiba wan buka pintu sambil terpiga-pinga bertanyakan apa yang dah jadi .... ummi yah pun sama ... turun dari tingkat atas nak lihat apa yang terjadi. qa'id masih lagi menangis .... ibu dukung qa'id dan peluk erat. qa'id pun sama, bila ibu dukung qa'id terus peluk leher ibu kuat-kuat. ibu tidurkn qa'id ... amik masa juga untuk qa'id sambung tidur sebab masih lagi menangis, terbatuk-batuk sehingga serak.

Pagi tadi ibu ceritakan apa yang berlaku pada mak noor, maknoor kata mungkin qa'id terlalu rindukan papa. tapi sewaktu menangis takde la pulak qa'id sebut papa or ibu. tapi bila diingat balik memang betul la tu qa'id rindukan papa .... sebab semalam bila qa'id menangis dan ibu dah buntu ... ibu tidur di bawah ... qa'id diatas. tetiba qa'id turun bawah tidur sebelah ibu ... agaknya dia ingatkan papa dia yang tidur di bawah seperti kebiasaanya. 

Sepanjang peninggalan papa qa'id ada juga bertanyakan papa berulang kali ... ibu hanya jawab papa work jauh .... then qa'id tanya lagi ... ibu jawab yang sama !! selalunya papa pergi sailing, takde contact beberapa hari, qa'id ok je !! tapi kali ni papa pergi dan ada juga call and bercakap dengan qa'id ... tetiba jadi macam ni ... rupanya malam tadi ramai sedara mara duk tanya qa'id papa mana .... tu yang dia jadi sensitif sangat sampai terbawa-bawa dalam tidur !!! aduhai anak ....


No comments:

Post a Comment