Wednesday, January 15, 2014

Pot pet pot pet

Assalamualaikum wbt

Anakanda al-qa'id sekarang ni memang petah betul bercakap ... dengan mimik mukanya .... comel dan kelakar dibuatnya ...

Ibu terkadang tak tahu nak menjawab bila keluar pertanyaan dari mulut comel qa'id "nape ibu, ah nape?"

Bila ibu bagi jawapan, ekspresi dia seolah-olah sangat memahami dan "oh gitu ye" ... mana boleh tak jawab persoalan tu kalau dia mendongak pada ibu, dengan mata bundar dan bulat, penuh pengharapan dan ingin tahu ... walaupun jawapan kita hanya sekadar syarat jawab je !! tp bagi dia itu cukup bermakna.

Satu lagi situasi yang selalu terjadi bila dalam perjalanan hantar atau ambil dari rumah maknoor ... ternampak je lori "loli ... loli ... angkat qa'id ni, cepat angkat qa'id ni" ibu tak tahu nak terjemahkan macamana !!

Area kampung tu ada tempat bas parking banyak-banyak ... kalau lalu situ dari jauh dia dah cakap "ibu .... bash ibu .... bash !!" sedangkan kelibat bas nye masih terlindung, memori dia sungguh kuat.. dia ingat setiap benda di sepanjang jalan yang dilalui. apa taknya setiap hari laluan sama. bila dekat "wah, banyaknya bash, cantiknya bash !!" 

Tengah drive, cuba mengelak dari lubang or apa2 aje yg buatkan kedudukan qa'id goyah "leklok papa ... leklok" tak pun "ibu, leklok la ... leklok"

Qa'id ni dia sgt suka tengok tv astro oasis .... waktu dia ialah antara azan maghrib hingga azan isyak. qa'id suka dengar zikir dan azan ... segala aktiviti akan stop dan dia akan berdiri depan tv dengan jarak hanya seinci dr hidung ... bila ditegur dia takkan berganjak melainkan kena pujuk elok2, baru la dia menjauh sikit. waktu tu memang jangan ada yang cuba kacau, jangan ada yang cuba tukar channel ... memang mengamuk la dia. 

Bila azan berkumandang, dia akan melaung "ibu, azan .... wan, azan .... atuk, azan ..." sesapa je la yang ada berhampiran ketika tu ... sume dia akan sebut. azan belum habis dia dah tadah tangan tuk berdoa. dia akan round dan make sure sume orang tadah tangan ... dia akan marah kalau tak tadah tangan. tapi doa belum habis lagi dia dah amin kan dulu !!! ekekkekkkeekkee

Dan selalunya akan keluar pertanyaan "apa tu ibu?" "ibu, apa tu?" .... ibu cuba jelaskan dan jawab soalan tu ... nanti qa'id akan cakap "bukan la ... itu ...... ha, qa'id tahu !!" dusyum ... rasa mcm ada penumbuk singgah ke muka ibu ... ahahhaha !! 

Alhamdulillah al-qa'id tidak pelat melampau macam sesetengah kanak2 lain ... sebutan jelas dan kadang2 agak laju !! ehehhehe sampai ibu kekadang akan tanya and minta dia ulang balik apa yang dia cakap !! nanti dia akan " aa ... aa .... aa...." kadang tu rasa geram sangat!

Seperti kanak-kanak sebaya yang lain qa'id memang suka membebel dan bercakap sendirian ... tetiba je dengar dia berzikir ... kadang tu minta kita alunkan zikir "bu, allah wujud camana? qa'id nak dengar .... cepat la bu!!" aduhai anak ....

Semua keletah qa'id ni ibu tulis yang mana ibu ingat ... banyak lagi sebenarnya .. 

Tak dinafikan kanak-kanak memang ikut perlakuan yang dia lihat dan alami ... kata2 kita pun jadi ikutan dia juga sebenarnya. kadang terfikir setiap apa yang dia buat tu baik or buruk, datang dari kita juga ... tapi itu la, kadang2 tu kita terlepas cakap, terlepas laku ... bila dia buat kita marah ... bila dia tidur ... tengok wajah dia pasti akan timbul rasa bersalah, berdosa dan menyalahkan diri sendiri ... 

Bila terbaca berita mengenai kanak-kanak didera, kanak-kanak meninggal atau apa sahaja yang menyedihkan tentang kanak-kanak ... terus sahaja dada sesak, sebak dan air mata mengalir deras ... teringat anak yang jauh dimata ... rasa sangat menyesal, insaf dan bersalah sangat ... waktu tu la rasa diri ini teruk sangat !! 

Serius cakap memang ibu tak sanggup tengok dan baca apa-apa artikel atau berita mengenai kanak-kanak yang menyedihkan. tapi yang positifnya ia akan memberi kesedaran dan keinsafan dalam diri untuk jadi ibu lebih baik !!


No comments:

Post a Comment