Monday, January 6, 2014

Lubok Semak, Lata Jarum, Hulu Dong, Raub, Pahang

Assalamualaikum wbt

Ibu nak share sikit tentang gelagat anakanda al-qa'id yang suka main air tapi takut pada air ....

Pada 16-17 Nov 2013 yang lepas diadakan Hari Keluarga Haji Abu, keluarga belah Wan. Lokasi adalah di Lubok Semak, Lata Jarum, Hulu Dong, Raub, Pahang. Tempat ni ada air terjun yang sangat cantik dan privasi. 

Pertama kali ibu bawa qa'id mandi sungai, qa'id dah macam ketakutan, kemudian qa'id cuba untuk enjoy mandi manda. first session merasa juga la mandi sungai. bila dah masuk sesi kedua belah petangnye, qa'id refuse ... sampai kesudah dia tak mahu. duduk bertenggek atas batu, melihat orang mandi manda dan melihat sekeliling !!



Pada 14-15 Dis 2013, diadakan pula Hari Keluarga Hajah Aminah, keluarga belah atuk, di lokasi sama. kali ni anakanda al-qa'id memang langsung tak mahu masuk dalam air ... even duduk bertenggek atas batu pun dia macam ketakutan dan kesejukan. aduhai la anak !! kesian pun ada .... padahal sebelum ini ibu pernah bawa qa'id mandi manda di sungai tekala ... qa'id ok je ... seronok dan tak puas mandi. tapi kali ni ... hurrrmmmm 








Atau mungkin juga area mandi manda ni terlalu dalam dan tidak sesuai untuk qa'id bermain pasir. kalau datang lagi ke tempat ni, ibu akan bawa qa'id ke kawasan cetek ... supaya qa'id boleh enjoy !!

No comments:

Post a Comment