Monday, January 6, 2014

Train ERL Transit

Assalamualaikum wbt

Hasrat ibu untuk bawa qa'id menaiki train akhirnya termakbul jua ... 

Pada cuti krismas tahun lepas ibu dan papa bawa qa'id jenjalan ke Aquaria dengan menaiki ERL dari Putrajaya hingga ke KL Sentral. Kemudian exchange Putra LRT dari KL Sentral ke KLCC. 

Ibu tak sangka yang qa'id akan ketakutan melihat Train ERL yang laju tu ... qa'id peluk ibu ketat-ketat bila nampak tren .... "qa'id takut ..... takut, takut la ibu" antara kata-kata qa'id bila ternampak train ERL tu .... kelakar dan kesian pulak nengoknya. 

Bila train berhenti untuk ambil penumpang, lagi la dia meronta ketakutan, ibu terpaksa juga bawa qa'id boarding ... walaupun qa'id menjerit taknak. lama kelamaan duk dalam train, qa'id dah mula selesa ... tp masih lagi peluk ibu kuat-kuat taknak lepas .... tak mahu duduk atas kerusi.

Perjalanan balik baru la qa'id yakin dan berani ..... ehehehehheh






Next time ibu nak bawa qa'id naik bas pulak ... jenjalan pusing-pusing .... setakat ni bas Nadi Putra je yang ibu nampak sesuai dan selesa .... qa'id memang suka tengok bas ... nampak aje bas, mula la becok ... ibu rasa mungkin sebab sewaktu mengandungkan qa'id dulu ibu kerap menaiki bas untuk ke klinik buat rutin check-up!! waktu tu ibu xde transport lain melainkan bas Nadi Putra !!

No comments:

Post a Comment