Friday, September 14, 2012

Demam luar biasa

Belum habis lagi bercerita bab demam. kali ni ibu nak sambung cerita demam qa'id yg amik masa lama tuk sembuh. boleh dikatakan demam yg tak normal. siang hari badan qa'id normal, qa'id aktif tetapi bila malam, badan qa'id tersangat panas, menangis dan merengek sepanjang malam.

Kalau ikutkan semalam 14/9/12 khamis, dh masuk 8 hr qa'id demam. antibiotik dh habis, ubat demam, selsema dan cair kahak tinggal sikit je lg. qa'id pun sihat seperti sediakala, siap boleh bermain dan belajar berjalan. ibu mana yg tak risau kalau anak demam jatuh sakit bagai.

so semalam, belah pagi ibu dan papa bawa qa'id ke klinik ada appointment untuk check-up sepuluh bulan. ceritakan pada nurse apa yg berlaku dan nurse minta cepat-cepat bawa qa'id ke klinik. petang ibu minta untuk balik awal sebab nak bawa qa'id ke klinik. otw nk jemput qa'id, ibu call maknoor dulu tanya keadaan qa'id. qa'id masih lg tidur. so ibu tak sampai hati nak jemput. papa melencong ke laluan lain.

Dalam kereta, papa tetiba aje cadangkan bawa qa'id jumpa ustaz. kiranya nak ubati demam qa'id ni ikut cara tradisional la. ibu diam saja, dalam pala otak ibu fikirkan yang papa mungkin tak sampai hati nak bawa qa'id ke klinik tambah lagi papa tak suka sekiranya qa'id kena amik darah. atau mungkin juga papa tak mahu bawa qa'id ke klinik kerajaan sebab servisnya lambat. atau mungkin juga papa taknak bawa ke klinik pakar kanak-kanak sebabnya kena bayar mahal. huuurrmmmm ..... 

Kemudian ibu tanya apa yg membuatkan papa nak bawa qa'id berubat secara tradisional? sebab setahu ibu papa akan melenting kalau bercakap tentang benda macam tu. Bagi ibu pula, ibu tak membantah sebab bagi ibu apa saja boleh berlaku. lebih2 lagi kalau melibatkan benda-benda halus ni. cuma ibu tak bersuara pada papa sebab ibu tahu papa jenis yg tak percaya semua tu. tapi bila akhirnya papa yg beri cadangan, ibu rasa lega. bukan apa, kalau betul la ada gangguan makhluk halus, qa'id tak perlu makan dan minum ubat yg macam2 kalau sebenarnya qa'id dah sembuh dan tak perlukan ubat-ubatan lg. dan badan qa'id panas waktu malam aje, sampaikan nk tidur pun tak lena. itu dah kategori demam yg tak normal. 

Sebelum ke rumah maknoor, papa ke rumah sorg utz untuk buat apointment. nasib baik dia free dan dia minta datang petang ni juga. pesan utz bawa kunyit hidup. Ibu dan papa tiba di rumah maknoor, qa'id masih tidur. sambil tunggu qa'id jaga dr tidur, kami berbual-bual. macam2 petua yg diberikan oleh atuk hamzah tuk ibu dan papa amalkan. bila qa'id dh bangun, terus gerak ke rumah ustaz yg dimaksudkan. ibu ingatkan utz tu yg ubatkan qa'id. rupanya ibu utz tu yg buatkan. 

Borak-borak dengan nenek tentang apa yg berlaku. kata nenek, qa'id ni ketegur. apa tu??? katanya ada sesuatu telah ditegur oleh baby dan sesuatu itu follow baby. boleh jadi ketegur arwah, air atau angin. (mungki ada banyak lg, tp itu yg disebut nenek) kalau kita potong kunyit tu, dan warnanya merah, itu ialah ketegur arwah dan air. Ibu tetiba teringat sewaktu pulang beraya di kampung, ibu bawa qa'id ke tanah perkuburan menziarah kubur atok ayah dan tok mek. kalau ketegur air, boleh jadi sesuatu itu berada dalam bilik air di mana-mana sahaja. boleh jadi di rumah kita sendiri. 

Nenek ambil kunyit dan bawa ke dapur. nenek keluar dengan sepotong kunyit yg dah dipotong. ibu tengok memang warnanya sangat merah. nenek jampi sedikit dan sapukan di setiap sendi seluruh badan qa'id. pesan nenek, jangan mandikan baby dulu. lagipun baby demam jangan dimandikan. 

Balik aje ke rumah, qa'id macam biasa, dia akan bermain dan bertatih. selepas maghrib, qa'id tertidur sambil nenen. qa'id nampak penat. ibu terus bawa ke bilik tuk tidurkan qa'id. tapi qa'id terus terjaga bila ibu angkat nak dukung. dah tu masuk ke bilik qa'id tak mahu tidur dan ajak ibu bermain. ibu pulak yg sleepy. ibu biarkan qa'id bermain sendiri sebab ibu penat. sedar-sedar aje ibu tengok qa'id dh terlena di sebelah ibu. rupanya ibu terlelap sebentar tadi. 

Ibu pastikan yg qa'id betul-betul tidur, ibu keluar untuk cuci kain. sorg pun xde di ruang tamu. sunyi dan sepi. ibu beranikan diri keluar rumah. lepas onkan mesin basuh terus ibu masuk ke dalam rumah. terus masuk ke bilik. ibu amik wudhu dan solat isyak. selepas solat ibu duduk di sebelah qa'id sambil baca yasin. Ibu doakan semoga qa'id sembuh dari sebarang penyakit dan gangguan. disebabkan keadaan qa'id yg tak menentu, ibu jadi hilang fokus, risau dan tak cukup rehat. 

Alhamdulillah semalaman, qa'id tidur dengan lena, walaupun badan qa'id panas tapi qa'id tidak lagi menangis dan merengek sepanjang malam. itu dah petanda positif. pagi tadi qa'id bangun dengan ceria dan comel sangat. I love you so much son!! ibu cuba sedaya upaya, dengan izin ALLAH swt, ada jalannya. itu semua ketentuan dr ALLAH swt. 

No comments:

Post a Comment