Friday, January 18, 2013

14th Months Old

Sedar atau tidak anakanda al-qa'id dh menginjak 14 bulan semalam. Ibu rasa sangat bertuah, gembira dan bersyukur ... alhamdulillah !!

Anak ibu semakin membesar, semakin comel, semakin bijak, semakin sihat dan aktif serta ceria selalu. Ibu belum puas mencurahkan kasih sayang dan perhatian buat qa'id ... setiap hari kasih sayang ibu semakin bertambah untuk qa'id. rasa mcm ibu nak ada qa'id aje dlm hidup ibu .. bunyi mcm pentingkan diri sendiri kan?? heheheheh 

Ibu hanya mampu merancang, tapi Allah juga merancang tuk ibu .. apapun rancangan Allah lebih hebat kerana Allah Maha Mengetahui. jadinya buat masa terdekat ni rasanya ibu tidak merancang tuk memberikan qa'id seorang adik. tapi tak tahu la kan, kalau tetiba lain pulak yang terjadi !! semuanya ibu serahkan pada yang Maha Berkuasa !!

Qa'id dah semakin membesar, jadi sedikit sebanyak ibu mengesan perubahan pada qa'id seperti, qa'id suka makan makanan pedas. qa'id nak makan makanan orang dewasa seperti nasi lemak. Minggu lepas hari sabtu 12/1/13 qa'id makan roti jala dan lontong yg pedas dengan berselera sekali. qa'id juga makan nasi bg menggantikan bubur. hurrmmm so adakah itu memberi makna yg ibu tak perlu memasak bubur untuk qa'id setiap pagi sabtu dan ahad??

Nampak gayanya ibu kena la google balik semula menu apa yg sesuai tuk kanak2 sebaya qa'id ... sebab no point ibu masak bubur dan qa'id tak mahu makan. membazir namanya tu. 

Apapun Ibu tetap sentiasa mendoakan kesejahteraan dalam hidup qa'id, semoga allah sentiasa memberkati hidup qa'id, ibu doakan qa'id jadi anak yg beramal soleh, dimurahkan rezeki, disenangi dan berjaya dalam hidup. 

No comments:

Post a Comment