Tuesday, January 8, 2013

Demam kali ke-6 dan kali ke-7

Ibu betol2 lupa nak update sewaktu qa'id demam kali ke-6 tempohari. Sebelum mula demam qa'id batuk2 dulu. hari rabu 12/12/12 qa'id start batuk2. keesokannya batuk qa'id semakin teruk. tidur terganggu dan tak lena serta tak selesa. badan qa'id mula panas pada hari jumaat 14/12/12. hari sabtu 15/12/12 adalah hari lahir ibu dan qa'id demam teruk pada hari tu. atuk bawa qa'id dan ibu pergi ke klinik. tp nk dijadikan cerita, atuk terpaksa pusing satu bandar baru bangi cari klinik. ada yg bukak dan yg dh tutup sebab half day. ada yg bukak tp ramai dan doktor pula seorang. memang betul2 dugaan dan mencabar kesabaran. alhamdulillah akhirnya rezeki qa'id, sebuah klinik di seksyen 15 BBB iaitu klinik mega masih lg buka dan doktor masih ada. dh dpt jumpa doktor ibu pula tak cukup duit tuk bayar harga ubat. nasib baik atuk ada.

Atuk bawa qa'id ke klinik homopati di Kompleks PKNS BBB, orang maha la ramai dan dah tak boleh register. diorg suh datang balik selepas zuhur. atuk bawa pula ke zalfah di seksyen 4 tambahan, kali ni orang ramai dan doktor hanya seorang. atuk tak suka menunggu lama. drive pula ke klinik blakang klinik zalfah, ibu lupa nama klinik. atuk yg pergi jenguk, atuk kata orang ramai. klinik sekitar seksyen 8 pula semua tutup. pergi pula ke seksyen 1, klinik Dr. ng, katanya doktor br je balik dan mereka dalam proses nk tutup klinik sebab half day. pergi pula ke klinik penawar, tutup dah juga. pusat rawatan islam pula doktor dah balik. pergi pula ke seksyen 15, sebelum masuk ke klinik mega, masuk dulu tanya di klinik apa ntah, katanya doktor dh balik. pergi pula ke klinik sebelah iaitu klinik mega, alhamdulillah, doktor masih ada.

18/12/12 pulak qa'id terjatuh dari katil. kali ni buat pertama kali selepas terjatuh qa'id muntah. ibu dah sangat risau. esoknya 19/12/12 juga qa'id muntah 2 kali semasa tidur selepas ibu susukan. hari khamis 20/12/12 ibu minta papa bawa qa'id ke az-zahrah tuk jumpa pakar kanak-kanak. doktor just beri ubat dan kalau ada apa2 berlaku bawa lagi jumpa doktor. alhamdulillah qa'id dh semakin pulih 3 hari kemudian.

Jumaat malam 4/1/13 lepas ibu bawa qa'id menziarah jenazah arwah angah. ikutkan ibu tak mahu pergi sebab x berapa elok bawa anak kecil melawat orang meninggal dunia. tp kalau tak pergi rasa mcm tak kena plak. so pergi juga la nak tak nak kan. sebelum tu qa'id dh batuk2 pada rabu 2/1/13 dan khamis 3/1/13 qa'id muntah semasa tidur. sabtu 5/1/13, badan qa'id dh mula panas sebelah malamnya. ahad 6/1/13 pun sama, malam je badan panas membara. siang suam2 aje. so ibu bagi je ubat demam dan ubat batuk sedia ada. ubat tu masih baru lg, ubat yg dapat dr az-zahrah. 

Semalam isnin 7/1/13 ibu terpaksa amik cuti emergency leave sebab maknoor call inform ibu yg dia ada urusan berkaitan arwah angah. sepanjang hari badan qa'id panas dan batuk kering. yg agak mengejutkan dan menakutkan ibu ialah, bila qa'id baru je terlelap qa'id akan terperanjat dan mata terbeliak. ibu seriau dibuatnya. terus bacakan ayat kursi dan hembus ke muka qa'id. setiap kali ibu hembus ke muka secara kuat, qa'id akan terperanjat dan buntang mata memandang ibu seolah2 marah. meremang bulu roma ibu. bila qa'id dh lena, ibu berlari ke bilik amik surah yasin dan letakkan atas badan qa'id. qa'id terjaga 2 jam kemudian. then petang lagi sekali qa'id tidur dan perkara yg sama mcm td berlaku. 

Bila papa balik, ibu ceritakan apa yg berlaku. nak jumpa bomoh, katanya hari ni bomoh off. bomoh pun boleh off day kan !! pape je la. so papa ajak ke klinik homopati tp nasib tak menyebelahi. klinik dah tutup jam 6 petang lg. satu lg klinik homopati tutup jam 7 malam.  terlewat beberapa minit aje. walau buat muka kesian pun, doktor tu berkeras nak balik. takpe la kalau dia xde belas kasihan. malam tadi qa'id tak lena dan asyik terkejut aje. qa'id akan bangun dan menangis. kesian sangat. badan pun panas membara. kali ni memang teruk demam anakanda al-qa'id. badan panas sampaikan kalau sentuh tu memang rasa menggigit. 

Qa'id semakin kerap demam sejak kebelakangan ini. boleh dikatakan sebulan sekali mesti demam. sekali demam mesti seminggu lebih. dan yang terkilan nya setiap kali qa'id demam papa xde, papa pergi sailing. ibu plak tak mampu buat apa2. mengharapkan belas ehsan atuk dan wan. 

Adakah normal bg anak yg berumur setahun lebih kerap demam?? 

No comments:

Post a Comment