Thursday, January 10, 2013

Gigi yg ke-9 dan ke-10 adalah geraham

Ibu nak cerita tentang qa'id yg masih demam yg tak kebah2 lg hingga ke hari ni. siang suhu badan qa'id normal, tp malam aje badan qa'id panas membara. mcm semalam 9/1/13 rabu ibu bangun jam 1 pg untuk berikan qa'id ubat demam melalui bontot. kalau tak buat mcm tu memang qa'id tak boleh tidur sebab terlalu panas. tidur pun tak berbaju sejak demam. 

Sebelum ni ibu balutkan badan qa'id dengan napkin basah tuk hilangkan panas. qa'id tidur dalam keadaan menggigil. ibu br dapat tahu dr doktor klinik homopati tu, cara tu salah katanya. memang la suhu panas tu boleh dikurangkan tp lama-kelamaan paru2 anak jd lemah. lebih tepat lg peparu berair. innalillahi wainna ilaihi rajiuun. ibu betul2 tak terfikir. maafkan ibu ye sayang. ibu hanya fikir tuk kurangkan panas badan qa'id tp ibu tak fikir kesan disebaliknya. ibu betul2 rasa bersalah.

Ibu janji tak buat lg. cukup la setakat tu. ibu taknak anak ibu mendapat sakit lain pulak disebabkan kecuaian ibu. 

Semalam 9/1/13 rabu, ibu berikan ubat homopati pd qa'id. qa'id makan sambil baring. then ibu perasan ada sesuatu benda putih pada gusi qa'id. ibu amati dan yakin bahawa gigi geraham qa'id belah kanan dh tumbuh. dah lama ia tumbuh tp xde siapa perasan. then ibu perhatikan juga gusi sebelah kiri, ada gigi yg sedang tumbuh. juga gigi geraham. then gusi qa'id belah bawah kelihatan membengkak. mungkin juga gigi geraham belah bawah pulak akan tumbuh tidak lama lg. so ibu terfikir mungkin itu sebabnya punca qa'id demam. tp ibu hairan kenapa gigi geraham tumbuh begitu cepat?? kiranya ini adalah gigi qa'id yg ke-9 dan ke-10 !!

Takde pulak ibu nampak qa'id mengalirkan air liur sebagai tanda gigi tumbuh ... cuma sejak kebelakangan ini, ibu hairan kenapa qa'id suka benar gigit ibu. kalau dapat gigit ibu, qa'id akan gigit dengan sekuat hati sehingga menggigil badan. bersungguh-sungguh qa'id menggigit, sehinggakan lengan ibu pernah membengkak dek kerana penangan gigitan qa'id. dua hari lengan ibu bengkak dan lebam. 

Ibu ceritakan pada wan dan papa. mereka excited mendengarnya. apa tak nya, semua orang hairan kenapa qa'id kerap demam. ibu punya la cari punca dan fikir yg bukan2. kesian anak ibu .... cepat2 baik ye sayangku. aja aja fighting !!

Disebabkan gigi yg tumbuh ni gigi geraham so, memang tak dapat la nak snap pic .... huhuhu

No comments:

Post a Comment