Wednesday, February 13, 2013

Bibir comel berdarah

Kesian sangat kat anakanda ibu yg sorang ni. excited sangat berlari kesana sini akhirnya terbabas. qa'id dengan sekelip mata tertumus pada sofa. tetiba je menangis. bila ibu tgk bibir qa'id berdarah, cepat2 ibu peluk qa'id, tenangkan anak ibu yg teresak menangis. banyak darah meleleh pd baju ibu. ummi yah tolong lapkan darah yg masih bersisa pd bibir comel qa'id. then tuamkan bibir qa'id dengan air sejuk. 



Ibu sangkakan bibir qa'id terkopek, sebab sewaktu tengah lap bibir qa'id seperti ada cebisan kulit yg seakan-akan nak tercabut. tp bila dh kering, nasib baik x teruk, cuma lebam dan terkoyak sedikit. sedih sangat bila qa'id mengalami kesakitan mcm ni. ibu mana yg tak risau dan sedih. semoga anak ibu cepat sembuh ye. apa-pun terjadi anak ibu tetap comel dan ibu sayang qa'id sangat2 !! 

Kejadian berlaku jumaat malam sabtu yg lalu 8/2/13 ... malam sebelum wan dan atuk tiba dari mekah. 

No comments:

Post a Comment