Thursday, February 28, 2013

Longan Kering dan Kurma Merah

Sudah 1 minggu lebih ibu amalkan minum air longan kering ni... susah betul nk cari longan kering ni sebenarnya. memang la kat kedai cina @ sensei ni banyak jual tp ibu x tahu mana lokasi kedai cina @ sensei yg dimaksudkan. terutama di sekitar BBB ni ... kebetulan ibu ke Giant Warta BBB untuk beli barang2 dapur, ibu ternampak bungkusan longan kering dan kurma merah ni. tanpa berlengah ibu terus ambik aje. sebab dh berbulan mencari kan. 

Beli je la sebungkus dulu, dh tahu tempat, so next time leh datang beli lagi. bila dh beli ibu blogwalking pulak. cari maklumat tentang cara nk minum benda ni. macam2 yg dikongsi dlm blog ... dan ibu amik cara yg paling mudah. so sekarang ibu plak nk berkongsi pengalaman ibu pulak kat blog qa'id ni.

Selama seminggu lebih minum, ibu rasa juga la perbezaannya. minum sebelum tidur. esok pagi sepanjang hari di ofis breast rasa penuh je ... bila balik rumah, ibu susukan qa'id, lama qa'id nenen. susu makin banyak la kot, tu yg lama nenen tu. kalau ibu perah mungkin hasilnya lebih memberangsangkan. oleh sebab dh lama ibu stop perah, jadinya hasil biasa2 sahaja ikut keperluan qa'id. qa'id pulak semakin besar semakin kurang menyusu. kalau nk stat perah balik semula ibu kena buat power pumping dulu beberapa kali then baru la boleh perah seperti biasa. kalau dh perah tu kena buat sekerap mungkin. ibu plak xde masa campur dengan malas. 

so ini lah dia kurma merah dan longan kering yg ibu beli kat Giant Warta BBB.



Untuk sekali minum ibu amik 10 biji longan kering dan 5 biji kurma merah. bersihkan dan toskan. ikut sukati ibu je berapa banyak yg ibu rasa nk makan. masukkan dalam mug, tuangkan air panas yg baru je dididihkan.


Tengok tu, masih berasap lagi, dah tuang dalam mug, ibu tutupkan dengan piring sekejap sehingga longan kering kembang. agak2 sekitar 15 minit lebih kurang. 


Angkat piring, air dh bertukar warna, longan kering dh kembang dan kurma merah terapung di permukaan air. kira dh boleh minum dah tu. ibu masukkan satu sudu besar gula, kacau dan siap tuk diminum. rasa dia memang sedap. bau pun harum semerbak .... 


Alkisahnya, setiap kali ibu minum, qa'id pun sibuk juga nk minum. kalau taknak kasi, qa'id marah2 dan bising2 serta merajuk. so terpaksa la ibu kongsi dengan si manja ibu tu,  buah longan tu ibu suap pada qa'id ... 4 ke 5 biji juga qa'id makan. selebihnya ibu makan. lepas tu qa'id pun nak juga rasa air dia. separuh qa'id minum, separuh lagi ibu minum .... aduhai anak, ibu minum sebab nk banyakkan susu tuk qa'id tp ni lain plak yg jadi. siang2 lagi dh kena kongsi .... ahahahah .. tp xpe air ni mcm herba juga, elok tuk kesihatan. 

Ada masa nnt nak beli lagi ... stok sebungkus tu tuk seminggu je tahan. ramai pulak yg berminat nak minum apa yg ibu minum .... 

2 comments:

  1. maaf bertanya,selepas rendam kurma merah boleh makan ker?

    ReplyDelete
  2. Hanya isi longan sahaja ke yg direbus?

    ReplyDelete