Wednesday, February 13, 2013

Jatuh ditimpa tangga

Happy bertukar tragedi. Pagi sabtu lalu 9/2/13 wan dan atuk balik dari umrah. so wan belikan qa'id ole-ole berupa stokin yg dikait. memang comel. ibu suka sangat. bila pakaikan pd qa'id, qa'id excited, x mahu tanggalkan, qa'id berlari2 sana sini dengan stokin tu. tetiba qa'id terjatuh ke belakang. ibu terus menerpa dan angkat qa'id. rupanya lantai tempat qa'id jatuh tu berladur dengan air zam-zam. 

Kepala qa'id terhantuk pada bucu mozek menyebabkan pecah darah dan membengkak. ibu cepat2 tuam dengan air panas. kat rumah memang xde ais. malam td satu hal, hari ni pun satu hal, kesian sangat anakanda ibu yg sorang ni ... sentiasa dapat penyakit. 

Apapun ibu nak tunjukkan stokin yg wan belikan tuk qa'id dan untuk ibu. boleh pakai semasa tidur ... stokin qa'id tu nak pakai jenjalan mcm kasut pun boleh.



Petangnye pulak, balik dr kenduri, papa singgah ke rumah pak long. qa'id duk memanjat tangga sambil diperhatikan oleh papa. ibu dah terdetik dlm hati, tetiba qa'id terjatuh. aduh, lagi sekali qa'id terjatuh ke belakang. bengkak pg td baru nak surut, ni bengkak balik. tempat yg sama plak tu, belakang kepala. ibu terus dapatkan qa'id dan peluk, usap2 belakang dan kepala agar sakit beransur hilang. 

Bagi ibu walaupun hentakan jatuh tu tak kuat mana tp ibu tetap risau. sebab sejak dr kecil hingga sekarang, kalau qa'id jatuh mesti kepala akan terhentak. sekali terhentak, kepala bergegar, kalau berkali2, bayangkan la mcm mana keadaan otak yg bergegar tu ... qa'id masih kecil, kuat mana sangat la tempurung kepala qa'id tu. 

Ibu berdoa semoga tiada apa2 yg serius berlaku pada qa'id ... apapun terima kasih pd wan kerana belikan qa'id dan ibu stokin yg comel ni ... so cozy and comfort !!

No comments:

Post a Comment