Monday, June 17, 2013

1 tahun 7 bulan

Hari ini 17/6/13 isnin, genaplah umur anakanda al-qa'id 19 bulan bersamaan 1 tahun 7 bulan. 

Qa'id begitu pesat berkembang sehingga ibu sendiri tidak mampu tuk ingat kesemuanya. kadang tu bila teringat benda tu dah banyak hari berlalu. kalau ada gambar boleh la ibu update. selebihnya ibu tak sempat nak catatkan dalam diari. ibu sendiri pun tak sempat tuk tulis diari sendiri. maafkan ibu ye sayang. 

Semakin qa'id membesar ibu jadi semakin bizi menguruskan qa'id. masa tuk diri sendiri pun memang sekejap sangat. ibu tak boleh tinggal and biarkan qa'id bermain sendiri, nak tak nak ibu kena sentiasa perhatikan setiap perbuatan qa'id. kadang bila ibu terlalu penat, ibu lupa banyak benda. apa pun ibu seronok dapat lihat qa'id membesar depan mata dan dalam jagaan ibu sendiri.

Apa yang boleh ibu kongsikan di sini, qa'id semakin becok bercakap, semakin lasak memanjat dan melompat. satu hari qa'id tetiba panjat sofa dan main fius kipas. terkejut ibu dibuatnya, pujuk baik-baik suruh turun, dia boleh pulak lompat ke sofa sebelah. aduh anak, betol2 buat ibu nak gugur jantung.

Qa'id dah panggil ibu dengan jelas dan bermakna, agak amik masa juga tuk qa'id panggil ibu. kalau mama tu dari 6 bulan dh pandai. ibu bersabar tunggu masa qa'id panggil ibu. kalau beri arahan yang mudah sambil bantu qa'id, qa'id dh boleh ikut dan buat. contohnya, wan minta qa'id ambilkan bantal, qa'id akan buat dengan happy. bantal tu memang berat dan besar, qa'id akan berusaha tarik dengan sebelah tangan. iyah iyah bunyinya ...

Kalau minum susu, bagi je botol susu, suruh abooom, qa'id akan cari port tuk baring, selalunya qa'id akan pergi ke atuk dan baring di sebelah. selesai minum susu, botol kosong qa'id akan beri pada ibu, tak pun letak atas meja. kalau bawa qa'id keluar rumah malam, secara automatik qa'id akan cari moon. kalau ada walaupun bulan sabit, qa'id akan tunjuk sambil sebut moon. 

Sebenarnya kalau bab bercakap tu, qa'id cuba sedaya upaya tuk bercakap dengan aksen baby. dan ibu cuba memahami apa yg qa'id cuba cakapkan. tapi selepas sembuh dari terkena iron, asyik sebut sakit aje, sikit-sikit cakap sakit, bila tanya sakit kat mana qa'id akan tunjukkan kesan parut luka terkena iron. kadang dh malas nak layan sakit dia. hihihihi

Sejak beberapa bulan ni qa'id menunjukkan tantrumnye .... kadang ibu layan, kadang ibu penat dan tak larat nak layan. sikit-sikit merajuk, sikit-sikit menangis, suka baling-baling barang, suka pukul, marah-marah ..... tapi ibu tak kisah sume tu sebab pada umur qa'id tahap perkembangan qa'id akan melalui itu semua. jadi ibu belajar tentang qa'id dan jadikan sume tu sebagai satu pengajaran dan pembelajaran yang baik. 

Kekadang perlakuan dan percakapan qa'id yang di luar kawal, secara tetiba dan mengejut,  membuatkan masa-masa bersama qa'id suatu yang sangat adventure and chalenging. contohnya, qa'id tetiba sebut perkataan dengan betul dan tepat, bunyinya sangat comel. ibu teruja dan overwhelming. tapi lepas tu, di masa-masa yang lain qa'id dah tak boleh sebut balik perkataan tadi atau juga qa'id malas nak sebut. kekadang tu ibu buat sesuatu untuk mengajar qa'id, qa'id akan bagi reaksi yang cepat, kadang ambil masa. misalnya ibu nyanyikan satu lagu, nyanyi berulang kali, di masa yang lain, ibu nyanyikan balik semula lagu tu, qa'id akan sambung nyanyian ibu,  seronok sangat. qa'id cepat belajar dan sangat bijak. 

Ada masa qa'id unexpected, dan setiap hari ada sahaja benda baru yang ibu belajar dari qa'id, dan benda baru yang qa'id buat. sebelum ini ibu janji akan alert sentiasa, tapi rupanya susah juga nak alert semua, otak ibu x boleh nak save semua detik-detik penting yg berlaku. 

Apapun ibu sentiasa doakan yang baik-baik tuk anak ibu qa'id. ibu buat yang terbaik tuk anak ibu qa'id, ibu masih belum puas curahkan kasih sayang pada qa'id, rasa bersalah kerana selalu marah pada qa'id, ibu bertindak lambat apabila sesuatu insiden terjadi pada qa'id, biarkan qa'id bermain sendiri, tidak membelikan mainan tuk qa'id, ibu minta maaf ye sayang diatas segala kekurangan ibu. ibu sangat sayangkan muhammad al-qa'id ha'il. mmmmmuahhhs !!

No comments:

Post a Comment