Monday, June 17, 2013

Iron little man

Bangun tidur di satu pagi, terus aje terkam iron yang tengah on. qa'id pegang iron tu dan terus kena. nasib baik la qa'id tak terlepas iron tu, kalo tak habis la keseluruhan tangan dihempap iron. kejadian berlaku dengan pantas sekali, yg ibu terfikir waktu tu ialah amik ubat gigi and sapu pada tempat yang kena iron. 
qa'id menangis sekejap aje tapi kuat. 


Ibu tak sempat nk amik gmbr sebaik selepas kejadian, anak tgh sakit takkan la ibu sibuk nk amik gmbr plak kan. ini pun ibu terfikir tuk snap setelah balik dari kerja, singgah jemput qa'id. terkejut juga petang tu tgk lengan qa'id. bila papa singgah bengkel keta, baru ibu terfikir tuk amik gmbr lengan qa'id yg melecur teruk ni. 

Sedih dan terkilan sgt dgn apa yg berlaku, harap qa'id dh serik dan tak buat lagi lepas ni. sakit terkena iron mmg pedih dan menyengat. tapi anak kecil yg tak tahu apa-apa, ibu yg rasa bersalah sgt2. 


samapi rumah, ibu mandikan qa'id, qa'id sibuk duk picit kesan lecur. alih-alih qa'id dah pecahkan. ibu sapukan lidah buaya, qa'id mengelak sbb sejuk dan berlendir. kejadian ni berlaku pada 31/5/12 jumaat sekitar jam 7.00 pg. 


Tips :- sebaik je terkena air panas atau iron atau apa sahaja yang sewaktu dengannya, terus aje sapu dengan lidah buaya. lidah buaya menyejukkan dan tempat terkena benda panas tadi, tangan tidak akan melecur dan melepuh. berkesan tuk orang dewasa juga. 

No comments:

Post a Comment