Monday, June 17, 2013

Check-up setahun setengah

Pada 4/6/13 selasa ibu dan papa bawa qa'id ke klinik desa sungai merab untuk check up setahun setengah. sampai sana orang dah ramai so kena la tunggu turn. sambil tunggu papa layan qa'id main mini playground. qa'id main sengsorang. Nurse kemudian panggil tuk timbang dan ukur. selesai qa'id sambung main semula. kat rumah xde sume tu macam gelongsor. so dapat main qa'id leka.

tetiba datang la satu family ni nak bawa anak check-up. biasa la kan, bawa anak keck, terpaksa la bawa anak2 yg besar juga. adik beradik dua orang ni mungkin kakak dan adik lelaki, sangat lasak, kasar dan nakal juga. terus aje terkam pada tempat mainan. mulut bising, x hormat orang dan ikut sukati dia aje. badan masing2 besar.

Ibu diorg mungkin la x boleh nak kontrol sebab anak kecik, tapi nenek diorang tu diam aje, ada la beberapa kali tegur mulut. budak sebesar tu mana nk dengar kalao tegur mulut dari jauh. papa yang mulanya bersabar lama kelamaan rimas. so papa stopkan qa'id bermain menyebabkan qa'id meraung dan menangis. kecoh la satu klinik. ibu pujuk qa'id, bawa qa'id keluar bagi qa'id sedut udara segar. qa'id mengamuk dan masih meraung. suhu badan qa'id juga makin panas. papa datang setelah selesai smoking and bawa qa'id main permainan semula. budak2 yang tadi stop main dan behave. mungkin kena marah ngn mak atau nenek diorg kot sebab tengok qa'id memberontak tadi. 

Tak lama kemudian tiba giliran qa'id tuk berjumpa nurse. qa'id sepatutnya menerima suntikan tapi terpaksa ditangguhkan kerana qa'id demam. so nurse minta tuk datang sebaik sahaja qa'id sembuh demam. selesai urusan di klinik tersebut, ibu dan papa terus bawa qa'id ke klinik swasta tuk ambil ubat atas arahan nurse tadi. hari ni ibu terpaksa ambil cuti untuk jaga qa'id yang tidak sihat. ibu pun sebenarnya demam. mungkin demam ibu terjangkit pada qa'id sebab qa'id masih menyusu susu ibu.

Seminggu kemudian, pada 11/6/13 selasa, papa bawa qa'id ke klinik untuk suntikan. kali ini ibu tak ikut sama sebab kena kerja. so ini lah hasil check-up qa'id untuk kali ini.

Berat 10.3 kg
Panjang 83 cm
BMI 15
Lilitan kepala 45 cm
Keputusan Normal

No comments:

Post a Comment