Wednesday, August 15, 2012

2 hari lagi ....

2 hari lagi umur qa'id meningkat ke 9 bulan. Ibu tak dapat ungkapkan dengan kata-kata bahawa ibu sangat bersyukur, gembira dan bangga dengan qa'id. Terasa begitu cepat masa berlalu. umur qa'id makin meningkat. sedar aje dh 9 bulan. subhanallah !! lagi 3 bulan qa'id akan menginjak umur setahun. sekarang memang rasa cam lambat nye nk tunggu 3 bulan. tapi sebenarnya 3 bulan tu boleh jadi hanya sekelip mata je....

Qa'id begitu cepat membesar, hinggakan ibu sendiri tak sedar dan tak terkejar rasanya. masa plak begitu pantas. belum sempat ibu nk menikmati saat-saat bersama qa'id, qa'id dh maju kedepan terlebih dulu. ibu masih belum puas manja-manja dengan qa'id tapi skang qa'id dh sibuk nk explore dunia sekeliling. bagi qa'id semua yg ada di sekeliling adalah suatu yg baru dan perlu diexplore semaksimum mungkin. sedangkan ibu masih lagi belum puas bermain dengan qa'id.

Sekarang ni memang penat melayan kerenah qa'id. qa'id dh tak mahu duduk diam apatah lagi duduk atas riba ibu mcm baby. qa'id lebih suka merangkak meneroka sekitar dengan perasaan ingin tahu yg tinggi. Qa'id dh pandai turun naik tangga, turun katil, menangis panggil ma ma ma ma, berdiri tanpa berpaut dan segala skil yg lepas-lepas dah semakin mahir. 

Ibu rasa sangat penat untuk mengawal setiap pergerakan qa'id. sekarang semua boleh jadi merbahaya untuk qa'id. qa'id masih belum tahu apa-apa. qa'id kerap terjatuh dan kepala terhentak pada lantai, tapi sekarang qa'id dh boleh imbangi badan. tapi masih juga risau sebab qa'id dah mula memanjat. dan satu lagi ibu susah nak wat keje kalau xde org tuk tengokkan qa'id. sebab qa'id dh bijak cari ibu kat mana. ibu letak depan tv, ibu ke dapur, seminit lepas tu qa'id dh tersembul depan pintu dapur. baju qa'id memang toksah cakap la, kotor hitam. sehari 4 pasang baju salin.

Qa'id hanya akan stop bila tidur sahaja. sekarang ibu rasa qa'id senang tidur. mungkin sebab terlalu penat bergerak aktif. kadang tu susah juga. ikut mood qa'id juga la. apapun ibu harap qa'id sihat walafiat dan ceria sentiasa. Ibu sayang qa'id sangat-sangat dan ibu bangga dengan qa'id !!

Ada masa nnt ibu akan update perkembangan qa'id 8 bulan. ibu x boleh nk update sebab lappy masih belum siap repair. dh sebulan lamanya. entah la ....


No comments:

Post a Comment