Thursday, August 30, 2012

Raya pertama

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


Memang tidak dapat dinafikan lagi, raya kali ni merupakan julung kalinya anakanda al-qa'id menyambut aidilfitri ... senang cerita raya pertama dalam hidup anakanda al-qa'id. pada umur 9 bulan apa yang qa'id mampu ingat kan. qa'id pun belum tahu apa itu raya. huhuhuhu ... x kisah la, lagipun bila qa'id besar nanti, qa'id akan baca blog yg ibu buat khas untuk qa'id ni. 

Semestinya ibu yg excited lebih. maklumlah, sebagai ibu sudah pastinya akan membuat segala persiapan tuk anakanda dan juga papa. tapi ibu nak cerita tentang persiapan raya dan sambutan raya anakanda al-qa'id je.  

Persiapan sederhana sahaja. tema kali ni hijau. so ibu usaha carikan baju warna hijau tuk qa'id, x kisah la camana sekalipun asal ada hijau. jumaat malam 10/8/12 papa bawa qa'id, ibu dan mak su sarah jenjalan di dowtown jalan reko. memang niatnya nk carikan baju raya untuk qa'id. kat sini tak banyak baju untuk baby usia qa'id. ada juga ibu jumpa baju yg sesuai tapi dia jual asing baju dan seluar. mahal plak tu. sehelai baju dah rm20, seluar rm20 ... rm40 br leh dpt sepasang. dah tu nak kena matchingkan baju dan seluar pulak. buang masa dan duit. akhirnya beli sepasang kasut tuk qa'id then gerak balik.

Esoknya hari sabtu 11/8/12 ibu dan papa ke kedai manjaku. kebetulan pulak kat manjaku ada sale. esok last, nasib baik sempat datang. walaupun dah nak habis sale, tapi pilihan baju banyak lagi. harga sangat murah. sepasang leh dapat rm12.90. beza sangat kan!! branded dan kain berkualiti. corak dan warna menarik dan sesuai tuk baby. akhirnya ibu jumpa baju raya tuk qa'id. kaler hijau oren. happy dan bersyukur sangat. then ibu pilih lagi 4 pasang baju untuk qa'id. so baju raya qa'id ada 5 pasang. siang dan juga malam. puas hati sebab papa bagi green lite. ibu suka !!!

Dah alang-alang murah tu, apa salahnya beli banyak, lagipun qa'id dah makin membesar, dh banyak baju yg tak muat, dan ibu pun jarang beli baju tuk qa'id. so time macam ni la untuk ibu amik kesempatan. memang berbaloi-baloi. so lepas ni dapat la kita sekeluarga beraya dengan penuh kesyukuran. alhamdulillah.

Tiba lah hari yg dinanti 19/8/12 ahad, Yeay.... hari ni hari raya. ibu bangu seawal 6.30 pg tuk bersiap. qa'id masih lg lena. tapi jam 7.30 ibu terpaksa kejutkan qa'id tuk siapkan qa'id. ibu rasa bersalah dan kesian sangat sebab qa'id masih mengantuk dan ibu tak suka kacau qa'id tidur sebenarnya. apatah lg malam td qa'id tidur lewat. tapi ibu terpaksa sebab kita kena pergi ke rumah onyang.

Sewaktu semua orang duk solat sunat raya, terjadi la pulak satu tragedi yg sungguh memilukan. ibu tak tahu camana leh jadi camtu sedangkan qa'id duk sebelah ibu aje. duk main-main dengan jelly, qa'id tetiba melayang dari sofa menjunam jatuh ke lantai tikar rotan di rumah onyang. dahi qa'id mencium lantai, berbekas jalur-jalur rotan pada dahi qa'id. ibu terkejut dan terpempam, terus aje angkat dan gosok dahi qa'id. tenangkan qa'id dan peluk qa'id. qa'id menagis kesakitan.

Tak lama kemudian pak cik cuni sampai dan ibu ceritakan apa yang berlaku. baru ibu sedar yg dahi qa'id benjol, membiru dan calar balar. ibu tak sangka jadi macam tu sekali. rupanya qa'id jatuh di tempat yg sama qa'id terjatuh semalam di rumah. alkisahnya malam td ibu tengah iron baju raya banyak-banyak, qa'id elok aje duk main atas tilam. sambil tgk ibu, qa'id duk main, ibu sambil iron sambil bercakap dengan qa'id. tetiba je qa'id melayang jatuh ke lantai. kepala depan jatuh dulu menyebabkan dahi qa'id terhentak ke lantai. hentakan kuat sebab katil tinggi kot. kesian anak ibu. ibu terus angkat, dukung, gosok-gosok dahi qa'id dan peluk anak ibu. 

Hari ni jatuh lg sekali di tempat yg sama, memang la bengkak biru dahi anak ibu. ibu dah panik dan nak menangis. nasib baik atuk muncul dan atuk minta ais tuk tuam dahi qa'id. tapi qa'id mengelak. qa'id tak mahu, sakit sangat la tu, nak tuam pun tak mahu. ibu dh menangis sambil kehulu kehilir cari papa. 

Ini la penangan pagi raya. ibu rasa sangat bersalah dan terkejut. ibu susukan dn tidurkan qa'id dalam bilik onyang. ibu harap xde yg serius berlaku pada qa'id, seharian ibu tunggu kalau-kalau qa'id muntah atau demam. malam nya plak kita nak gerak balik kampung, lg bertambah-tambah risau dibuatnya. balik dr beraya, ibu terus tidurkan qa'id. malam nye semua keluarga berkumpul di rumah tuk beraya. qa'id nampak cam ok je, ibu suapkan nasi impit. ibu tak mahu qa'id kelaparan. 

Selepas selesai majlis, barulah gerak balik kampung. sepanjang perjalanan qa'id tidur atas tilam baby, hingga la sampai ke kampung baru qa'id jaga. lega rasanya bila qa'id jaga dengan ceria. Ibu dan papa tak beli baby carseat tuk qa'id sebab qa'id memang takkan duduk dalam tu. qa'id bukan jenis yg duk diam di satu tempat. so kalau beli pun, qa'id tak duduk, membazir aje. duit tu bleh guna tuk beli baju or barang-barang keperluan qa'id yg lain.

Ibu stop kat sini tuk kali ni .... nanti ibu sambung cerita qa'id beraya di kampung pulak !!


No comments:

Post a Comment