Tuesday, August 14, 2012

Ramadhan Qa'id

Ramadhan pertama buat anakanda qa'id. macam-macam terjadi terutama time berbuka. anak ibu masih kecil, baby lagi, br 8 bulan lebih, memang la tak layak berpuasa lagi. hehehhe. tapi qa'id pun dh mcm org berpuasa juga lagaknya. itu yg buat ibu risau sebenarnya. 

Ibu sempat berpuasa bersama qa'id 5 hari je. hari ke 6 ibu dh mula keje kat tempat baru setelah hampir 4 bulan jadi surirumah.... so ibu terpaksa hantar qa'id ke rumah mak noor. ibu tak tahu camana jadual makan qa'id di rumah mak noor. ibu nak tanya tapi segan plak. selalunya ibu bagi 3 kali sehari. sekarang ibu tak tahu qa'id makan berapa kali sehari. dah tu ibu tak tahu qa'id makan apa kat sana. ibu ada sediakan makanan bekal tuk qa'id. tp entah la, camana agaknya maknoor bg anak ibu makan.

Susu plak ibu terpaksa beli formula milk. kat ofis, ibu perah sekali sehari je. itu pun sikit aje keluar. tak tahu mana silap, pam yg ibu guna tu pun satu hal, dia tak sedut abis. pastu pulak ibu x dapat nk pam 3 jam sekali. kat ofis ibu takde peti sejuk tuk bekukan susu perah. 

Setiap petang ibu jemput qa'id, qa'id dah tahu ibu datang. nampak je ibu tersembul muka pintu, qa'id merangkak laju dapatkan ibu. ada sekali tu qa'id tunggu ibu kat muka pintu. nampak je ibu keluar dr keta, qa'id dh melonjak gembira. seronok sangat.... nasib baik setiap pagi bila hantar qa'id tak meragam atau menangis. yg sedihnya sebab terpaksa kejutkan qa'id pagi-pagi buta. kesian anak ibu. qa'id masih sleepy dan memang qa'id patut tidur lagi. tp dh terpaksa bangun. sebolehnya ibu tak mahu qa'id bangun. tp qa'id kalo dh bangun, mmg xde harapan tuk tidur semula. 3 hingga 4 jam kemudian br qa'id tidur lg. 

Sewaktu berbuka memang mencabar. ibu riba qa'id sambil tu makan. qa'id plak time tu la nak main. so berperang la ibu dengan qa'id dengan papa. mana nak makan, mana nak layan qa'id. qa'id plak semakin aktif, lincah dan agresif. almaklumlah, makan kat bawah. kalau makan kat meja rasanya boleh elak dr menarik minat qa'id untuk mengusik hidangan. qa'id bertindak lebih cepat dan tak dapat dijangka. tp setakat ni belum lg berlaku perkara yg tak diingini. 

Ibu tak sampai hati nk letak dlm baby cot. ibu cadang nk beli walker tapi banyak plak halangan nya. lepas berbuka ibu terlupa dan kadang tu tak sempat nak bagi qa'id makan. qa'id kenyang dengan susu ibu aje. itu pun kalau kenyang la. harap sangat qa'id kenyang. tapi ibu ada juga kasi qa'id buah kurma sebijik dua. dan bagi susu sebelum tidur. 

Time sahur, ibu kena bangun awal tuk susukan qa'id. lepas tu baru ibu leh keluar tuk bantu apa yang patut. ada juga beberapa kali qa'id bangun sama time sahur. pastu dah tak tidur semula. pernah juga ibu tak makan sahur sebab qa'id minta susu sewaktu sahur. kebetulan pula ibu terlewat bangun sahur. memang parah. apapun ibu dahulukan qa'id dalam setiap perkara. ibu pastikan keperluan qa'id dipenuhi baru ibu setelkan hal ibu. ibu sayang qa'id sangat-sangat.

Puasa dh nak abis dh pun. tinggal 4 hr je lg. ibu akan ingat momen yg berlaku sepanjang puasa kali ni. tahun depan kalau umur panjang, kita bersua lagi. mungkin tahun depan dah lain sebab qa'id pun dh besar. InsyaAllah .......

No comments:

Post a Comment