Wednesday, August 15, 2012

8 months review

Benda pertama yg berlaku bila qa'id genap 8 bulan ialah, ibu botakkan kepala qa'id buat kali ketiga. 19/7/12 hr khamis, ibu minta tolong mak noor botakkan. kebetulan ibu tinggalkan qa'id di rumah maknoor sebab ibu ada interview PPSPPA di KL. balik dr interview, terus pegi jemput qa'id. tak sabar nak tengok anak ibu. sampai je umah maknoor, ibu tengok kepala qa'id dah botak, ibu teruja sangat. qa'id sangat comel bila kepala gondol. tersangat la comel. licin berkilat dicukur maknoor dan atuk hamzah.

Bila dah gondol, qa'id plak duk geleng-geleng kepala tak henti-henti. agaknya rasa ringan di kepala la tu. mungkin juga pelik sebab rambut dh takde. hehheheh .... comel sangat gelagat qa'id menggelengkan kepala. tersengih-sengih dia. malamnya qa'id jatuh katil buat kesekian kalinya. ibu dah hadang dengan bantal, rupanya qa'id dh pandai panjat bantal tu. aduhaaaiiii anak, bijak nye kamu.

22/7/12 ahad, 3 kali qa'id terjatuh terhentak kepala dalam masa 2 jam. yg paling teruk masa terjatuh yg pertama. qa'id duk berdiri berpaut pada meja tv. entah macamana tetiba dia tak sempat berpaut, terus terlentang dan terhantuk kepala pada lantai. kali kedua masa duk berdiri kat atas karpet, qa'id hilang keseimbangan, terus jatuh, kepala terhentak. kali ketiga plak dalam bilik tidur, terhentak pada kepala katil. ibu betul-betul risau hingga menagis. dalam pada duk memerhati dan berhati-hati tu, jadi jugak. 

25/7/12 rabu, ibu dapat panggilan dari UPM, ibu ditawarkan kerja sambilan jawatan PT(P/O). tempat yg abah rekemenkan. alhamdulillah, dapat la duit raya tuk balik kampung. Maknanya qa'id kena la tinggal di umah maknoor selama ibu bekerja. sedih pulak ibu nk tinggalkan qa'id. 

26/7/12 khamis, ibu lapor diri di Pej Timb Naib Canselor, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, UPM. bermulalah ibu sebagai pekerja sambilan bergaji harisn. syukur padaMu Ya Allah. Qa'id plak bermula la hari pertama tinggal bersama maknoor. 

28/7/12 sabtu, qa'id belajar turun tangga. qa'id hulur tangan dan bila dh cecah lantai, dia cuba tuk turun. maknanya dia periksa dulu ketinggian tangga sebelum berani turun. kalau tinggi dia tak turun. banyak kali juga qa'id cuba dan akhirnya berjaya turun. qa'id tak dapat balance kan badan, tergolek jatuh. tapi percubaan seterusnya berjaya. qa'id tak tergolek lagi. hari yg sama qa'id belajar turun katil plak. qa'id hulurkan kaki ke bawah, dia cuba merasa samada kaki dia cecah lantai atau tidak. tapi tetiba je qa'id menggelongsor turun sebab cadar tertarik. nasib  baik landing tepat. kalau tak, tergolek juga. 

30/7/12 ibu belikan qa'id susu formula. sekarang qa'id dh minum campur. di rumah maknoor qa'id terpaksa minum susu formula, balik umah br dapat susu ibu. ibu perah susu di ofis tapi tk dapat banyak macam dulu. mungkin sebab agak lama tak perah. direct feeding tak sempat nk buat stok langsung. kali ni ibu beli susu lactogen. itu yg paling murah. itu aje yg ibu mampu. semua susu sama je, yg berbeza dan yg terbaik adalah susu ibu.

31/7/12 selasa, ibu perasan gigi qa'id yg keempat (yang kedua belas atas) dah tumbuh. rasa tajam-tajam bila ibu sentuh ngan jari. skang gigi qa'id dah tumbuh 4 batang. alhamdulillah setiap kali gigi tumbuh qa'id tak pernah demam. 

4/8/12 sabtu, qa'id selsema, berjangkit dengan  ibu. sebelum tu 2/8/12 khamis ibu tak pegi keje sebab demam tetiba. ibu tak hantar qa'id ke rumah maknoor. disebabkan ibu tak sihat, maka qa'id pun berjangkit la sama virus flu dr ibu. kesian anak ibu. dah tu ummi yah plak kena selsema juga, dia duk dukung dan cium qa'id, tersebar la virus dr ummi yah plak lagi. amik masa yg lama tuk sembuh sebab selagi ibu tak sembuh, qa'id pun tetap selsema. kesian sangat kat anak ibu. ibu minta maaf ye sayang. 

Hari ni juga ibu perhatikan qa'id turun tangga di pintu utama rumah. ibu biarkan qa'id buat sendiri, qa'id berusaha untuk turun sedaya upaya hingga berjaya. tangga depan pintu utama ada satu aje, tak tinggi dan luas. so qa'id bertenggek di tepi, qa'id rendahkan badan untuk sentuh lantai bawah. bila tersentuh, qa'id pusingkan badan, cuba cecah dengan kaki pula. pi mai pi mai, akhirnya qa'id berjaya turun tangga dengan kaki. ibu bertepuk tangan gembira. bijak sungguh anak ibu. tak putus asa dan berani mencuba, bijak atur langkah dan kuat semangat. bila badan dah cecah lantai bawah, qa'id agak goyah sewaktu nak landing. tapi dqa'id dh boleh imbang badan, so xde la jatuh atau terhentak kepala.

Ptang yang sama, ibu bawa qa'id masuk ke bilik sebab ibu nak solat asar. ibu letak qa'id atas tilam dan ibu masuk ke bilik air. keluar dr bilik air, ibu terkejut tgk qa'id xde atas tilam. rupanya qa'id dah berdiri di bawah berpaut pada cadar. papa yg kebetulan masuk sebelum ibu keluar dr bilik air pun terkejut tengok qa'id berdiri dan menghala ke bilik air. papa cakap dia xde buat apa-apa. ibu apatah lagi. memang sahlah qa'id turun sendiri sebab nak cari ibu dalam bilik air. Ini memang bahaya. silap haribulan qa'id boleh terjatuh sebab cuba tuk turun dari katil.

5/8/12 ahad, qa'id semakin lincah dan aktif meneroka ruang sekeliling. merangkak semakin laju, kerap bangun tuk berdiri bila jumpa meja, kerusi atau dinding. tak kenal erti penat dan letih dan sakit. apatah lagi baju memang sangat kotor sebab duk sapu lantai dengan lutut. kalau dah berpaut pada sesuatu, qa'id automatik akan berdiri, dan bila dh berdiri qa'id akan lepas sebelah tangan, badan pusing belakang, tersengih-sengih tayang gigi. kalau tangan yang berpaut td terlepas, dan qa'id hilang imbangan badan, qa'id akan terjatuh. tapi kali ni qa'id terjatuh terduduk. kalau sebelum ni, terus aje terhentak kepala. maknanya qa'id dah pandai imbangkan badan bila jatuh. 

7/8/12 selasa, masuk hr ke 4 qa'id selsema. tapi qa'id aktif bermain. Papa plak tak benarkan ibu bagi ubat selsema pada qa'id. katanya tak mahu sistem imunisasi dalam badan qa'id jd lemah kalau sakit sikit dh nk bagi ubat. tapi ibu beri juga ubat selsema bila tengok flu qa'id amik masa banyak hari tuk sembuh.

12/8/12 ahad, qa'id asyik duk praktis turun katil. sebelum ni pernah dah turun katil tapi sekali tu je la. qa'id dh tak buat lagi selepas tu. hari ni kebetulan papa ada, papa ajar qa'id turun katil. bila dah turun papa letak qa'id balik semula ke atas tilam, dan qa'id akan cuba turun. seronok pula qa'id ni. jatuh terduduk dan terhantuk pada bucu katil pun tak nangis. 

13/8/12 isnin, ibu bawa qa'id ke Alamanda bersama ummi yah dan mak su sarah. ibu nak survey kasut raya, sebab esok malam nk keluar lagi dengan papa. qa'id mengantuk sangat tapi qa'id tak mahu tidur so, ibu bawa la qa'id jenjalan. membulat mata qa'id. sampai rumah, qa'id terus tidur lena.

15/8/12 rabu, ibu jemput qa'id di rumah maknoor macam biasa. maknoor duk cerita, seharian qa'id main kenyit-kenyit mata. sebelum ni geleng-geleng kepala, kali ni dapat aksi baru pulak, kenyit2 mata. balik umah, atuk la yg duk melayan qa'id main kenyit mata.

Banyak perkara berlaku sepanjang qa'id lapan bulan ni. seronok dapat tengok perkembangan qa'id membesar depan mata. Ibu harap qa'id akan membesar menjadi anak yang baik.



No comments:

Post a Comment