Wednesday, April 18, 2012

5 months check-up

Hari ni 18/4/12 rabu ibu bawa qa'id ke klinik untuk check-up 5 bulan. papa x dapat temankan sebab kena hadiri mesyuarat. so, terpaksa la minta tolong pak ngah anta kan. 

Qa'id bangun pagi ni dengan ceria sekali. Tanpa buang masa ibu terus mandikan qa'id dan pakaikan baju dan cloth diapers. Ibu sengaja pakaikan CD sebab nanti di klinik senang nak buka dan pakaikan. stoking pun ibu tak pakaikan sebab kebetulan semua stokin qa'id ibu basuh dan masih basah di jemuran. lagipun check-up kali ni qa'id kena injection. so kalau pakai CD,  senang tak perlu nak selak seluar.

sampai ke klinik lebih kurang jam 10.05 mnt pg. hari ni ramai pula orang. terpaksa la tunggu giliran. ibu minta pak ngah balik dulu tapi dalam pukul 11 pg nanti datang jemput ibu dan qa'id.

dalam pukul 10.20 pg, nama qa'id dipanggil. ibu bawa qa'id untuk ditimbang dan ukur panjang/tinggi serta ukur lilit kepala. selesai, tunggu lagi dalam 10 minit baru masuk jumpa nurse. waktu ibu pakaikan qa'id baju dan CD, qa'id tetiba meragam. ibu pujuk qa'id, qa'id stop meragam. ibu ingatkan qa'id meragam sekejap aje. rupanya makin teruk sewaktu berada dalam bilik nurse. seluruh ruang klinik bergema suara qa'id seorang. ibu tahu qa'id lapar dan mengantuk. sebab itu qa'id meragam. 

selesai sahaja injection, ibu terus bawa qa'id masuk ke bilik penyusuan untuk susukan qa'id. qa'id terus menyusu dan terlena. ibu kasihan pd qa'id. kalau papa ada tentu kita dh boleh terus pulang ke rumah, dan qa'id boleh menyusu dan tidur dengan lena. 

sambil memangku qa'id ibu sempat buka buku rekod kesihatan qa'id. ibu tengok apa yg tercatat dalam buku tu untuk check-up kali ni. tadi semasa timbang dsb ibu tak sempat berborak dengan nurse tuk bertanyakan keadaan qa'id. tapi sepanjang berada dalam bilik nurse pun, xde apa yang nurse maklumkan dan hanya bertanyakan perkembangan qa'id aje seperti baby dah boleh merangkak ke? ibu jawab, ye!! merangkak dan guling-guling. 

so ibu ingatkan semua ok aje. tapi bila ibu tengok dalam buku terutama yang ada gambarajah graf tu, baru ibu perasan graf qa'id ada yg menurun masuk ke line yang berwarna. dibawah hasil keputusan check-up :-

berat 6.6kg
panjang 68cm
BMI 14
lilitan kepala 41cm

kalau nk dibezakan dengan keputusan check-up 4 bulan, berat qa'id naik 0.6kg aje drpd 6.0kg. alhamdulillah berat qa'id naik juga. panjang qa'id 63cm. BMI 15 dan lilitan kepala 38cm. yang membuatkan graf qa'id menurun ialah BMI qa'id tak seimbang. qa'id lebih tinggi/panjang, tak seimbang dengan berat. hurrmmmmm anak ibu ni tinggi orangnye bila besar nanti. InsyaAllah. 

walau apa pun xde apa yg perlu dirisaukan. graf berat qa'id meningkat normal. graf panjang mencanak naik. BMI qa'id turun menjunam sampai masuk ke line kuning. ukur lilit kepala qa'id masih dalam line oren. itu maknanya normal cuma sepatutnya garisan masuk ke dalam line putih. InsyaAllah next check-up ukur lilit kepala qa'id normal. ibu doa sangat-sangat. 

pesanan nurse pada ibu, balik rumah nanti terus bagi ubat demam. sebab suntikan tadi boleh menyebabkan demam. tapi hingga saat ini ibu belum bagi ubat demam pada qa'id sebab ibu yakin qa'id tidak akan demam. ibu juga doa qa'id akan terus sihat, membesar dengan baik, aktif, ceria dan kuat macam papa. 

No comments:

Post a Comment