Tuesday, April 17, 2012

5 months

Hari ini 17/4/12 selasa, genap la umur anaknda ku al-qa'id 5 bulan .... syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi ... al-qa'id diberi kesihatan yang baik, sejak dr lahir hingga sekarang, baby sihat walafiat. bebrapa kali dapat suntikan yg boleh menyebabkan demam, tp qa'id x demam. walaupun pernah dijangkiti selsema dr aku, tapi x berpanjangan. qa'id pernah bengkak matanya kena gigit semut tapi surut tanpa perlu ke klinik. cuma yg merisaukan aku ialah, check-up bulan lepas nurse kata kepala bby kecil ... tapi qa'id tetap aktif macam biasa. alhamdulillah, syukur sangat.

Esok rabu, 18/4/12 qa'id ada apointment di klinik. aku harap sangat keputusan check-up esok semuanya baik belaka. kalau x silap esok qa'id perlu disuntik 2 kali serentak. x tahu la camana nanti. risau juga. 

Disebabkan dh lama sangat tak update tentang perkembangan bby qa'id, jd entry kali ni aku masukkan semua perkara yg aku x sempat nk update.

Selepas qa'id kena gigit dengan semut dan berjangkit selsema dr aku pd jumaat 6/4/12, petang balik dr keje aku jemput qa'id macam biasa, alhamdulillah qa'id dh sihat dan ceria serta aktif semula. maknoor cakap, qa'id berak. lega sangat bila bby berak.  Esoknya hari sabtu 7/4/12 qa'id berak 2 kali dalam sehari. patut la meragam aje rupanya bby sakit perut. kesian qa'id, sakit perut nk berak tp x boleh nk cakap, hanya mampu menangis aje. 

Qa'id dh pandai pusingkan badan, toleh kepala serta mendongak keatas bila kita riba. comel sangat gelagat qa'id, terutama bila aku riba, sambil tu aku makan. bila aku nak suap makanan ke mulut, dia mula la ikut pergerakan tangan, toleh ke arah aku sambil mendongak tengok aku suap makanan. kalau xde makanan pun qa'id suka buat macam tu, lama dia tenung aku, dengan muka comel dia .... aku geram, apa lagi, cium aje la .... 

Aku baru perasan qa'id suka nenen sambil baring. bila nk nenen aje, aku baringkan dia, sebabnya nk suh bby tidur. disebabkan itu juga, qa'id dah x suka nenen sambil riba. bila aku nenen sambil riba aje, mula la bby angkat badan dan tegangkan badan. satu hal lagi, kalau nenen sambil baring, menyebabkab aku pun turut sama tertidur, so puting akan ada dalam mulut qa'id. qa'id akan lepaskan nenen bila dia betul2 lelap. so kalau dia x lelap memang xde chance nak stop kan nenen dan tarik puting. aku juga yang susah sebab terpaksa tunggu lama tuk qa'id lelap. terpaksa melekap dengan qa'id. tak lupa juga qa'id dh pandai gigit puting .... walaupun gigi belum tumbuh, tapi agak menyakitkan juga bila bby gigit. terutamanya bila bby meragam, aku cuba kasi nenen, pasti dia akn gigit. geram agaknya!! dah tu skang dh pandai angkat kepala sambil nenen. itu time bby meragam juga. elok2 baring, dia dh x duk diam, sambil nenen bby angkat kepala seolah2 nak berguling dan digigitnya puting aku. kononya nk nenen sambil meniarap.

Hari sabtu lepas juga 7/4/12, satu momen yang sangat menyentuh perasaan apabila qa'id meragam dan aku dh buntu. atuknya amik qa'id, terus duduk atas sofa. atuk peluk qa'id sambil dodoi. qa'id terus lentokkan kepala atas bahu atok. atuk nyanyikan lagu yg orang nyanyikan sewaktu cukur jambul baby. entah apa istilahnya, aku x tahu. x lama lepas tu, kira abis juga la satu pusingan lagu atuk nyanyikan, qa'id terlelap. aku rasa rugi sangat x sempat snap pic masa tu. kalau dapat rakam, lagi bagus. nanti leh tunjuk pd qa'id bila bby dh besar nanti.

Hari isnin 9/4/12, aku mula guna pam spectra tuk perah susu. Breastpump tu dh lama dapat dr kak ngah, cuma aku belum cuci dan test lagi. so weekend lepas aku dh cuci dan cuba pakai sekejap. mula-mula guna memang macam x menjadi. susu keluar sikit aje. x sampai pun 1oz. tapi aku keep pumping, hinggalah susu keluar. aku kerapkan mengepam dan alhamdulillah susu keluar. tapi 2 kali pam tuk dapatkan satu plastik. apapun demi anak tercinta aku akan buat yg terbaik agar qa'id dpt exclusive breastfeeding. yg sedihnya aku belum sempat tuk buat power pumping. aku akan cari masa yg sesuai. insyaAllah.

Jumaat 13/4/12 adalah hari terakhir aku bekerja di PICC. so secara rasminya aku menganggur. secara rasminya juga aku jadi surirumahtangga sepenuh masa dan menjaga qa'id sepenuhnya. hari sabtu dan ahad, semuanya berjalan lancar. Semalam 16/4/12, semua orang bekerja, tinggallah aku berdua dengan qa'id, (pak cik cuni ada tp biarlah.... ) qa'id meragam sepanjang hari. bby hanya nk didukung. kalau aku dukung dan duduk, mula la mulut comel dia tu berbunyi. bila bangun berdiri, automatically senyap. so aku xde la nk ikut sangat kehendak dia. kalau ikut,  xpe pun x boleh. 

Lepas mandikan qa'id biasanya bby akan mengantuk. so seperti biasa aku dodoikan qa'id dan aku dulu yg terlelap. tghr br jaga. aku tgk qa'id lena lagi, so aku tanpa melengahkan masa terus ke bilik air tuk mandi. selesai mandi, qa'id dh jaga. hurrmmmm nampaknya xde la chance tuk masak. so, aku makan aje dulu buah kurma. bila time aku nk solat zuhur, aku letak aje bby atas tilam. macam biasa bby akan menangis kuat, tekan suara. lama bby menangis hingga suara dh xde, tekak dh serak, tp masih tak mahu stop, terus juga menangis. bila angkat dukung aje, terus stop immediately. tapi esakan masih bersisa. aduh anak, betapa cerdiknya qa'id !!

Seharian menangis, dr pagi, bawa ke petang, hingga ke malam. senyap time tidur aje. itu pun merengek-rengek bila bby sedar yg aku xde di sebelah. qa'id selalunya semasa tidur, bila sampai waktu tuk nenen, bby akan cari. bila dia bergerak ke kiri dan ke kanan, tp xde sesiapa, mula la bby merengek mencari puting. itu la salah satu sebab aku x boleh ada jauh. mmg xde peluang tuk aku bersenang lenang walaupun sewaktu bby tidur.

So, hari ni 17/4/12 selasa, adalah hr kedua aku bersama qa'id. x tahu lg camana gelagat qa'id hr ni. nnt aku update kemudian bila berkesempatan.

Qa'id sekarang makin comel dan bijak. sejak dua menjak ni bila menangis aje, mula la dia buat mulut. macam2 dia buat ... geram aku tgk ... sebelum nangis lagi dia dh buat mulut, kira intro la tu. tersangatla comel. papa selalu mengadu, qa'id xnak kat papa. kalau duk ngan papa, x lama lepas tu qa'id menangis. kalau ibu amik je, qa'id terus senyap. aku cakap kat papa, sekarang bby kecil lg, mmg rapat dgn ibu. nnt bila dh besar mesti bby lebih rapat dengan papanye pulak. skang ni qa'id lebih rapat dengan atuk berbanding papa. so jangan sampai qa'id langsung xnak dengan papa. papa kena luangkan masa lebih dengan qa'id dan bila bersama qa'id tu kena la penuh kasih dan sayang. bby dia tahu kalau kita pegang dia dengan penuh perasaan kasih sayang atau tak. 

Qa'id memang tak memilih orang yg nk dukung dia. sesiapa je ok. nak aje kalau org dukung. elok senyap aje. tapi x sangka plak pd sabtu lepas 14/4/12, atuk bawa qa'id ke umah nyang. aku x ikut pun sbb atuk nk pg kejap aje. just nk bawa qa'id jalan-jalan katanya. atuk cakap qa'id menangis sebab lepas orang-sorang dukung qa'id. rimas agaknya. apa taknya semua orang geram tgk dia. tang matanya yang bulat !!

Belah malam, qa'id meragam. aku rasa qa'id merajuk. sebab aku ngan papa x ikut kehendak dia. aku nenen dia sambil duduk atas sofa. dia main-main, tegangkan badan angkat punggung. aku paling geram kalau bby menyusu main-main. so aku bagi pada papa. aku ke dapur masakkan tuk papa sebab papa lapar. qa'id ngan papa mesti bising mulut, meraung, melalak, nak kata menangis pun tak. bila dah siap masak, aku bawa qa'id masuk bilik. kiranya nak nenen sambil baring la sebab aku tahu qa'id lapar dan mengantuk. tapi qa'id tolak mentah-mentah nenen. menangis aje tekan suara. aku cuba bagi belah kanan, taknak, bagi belah kiri plak, taknak. geram sangat rasanya. then papa amik, qa'id senyap kejap pastu tak sampai lima minit, qa'id menangis semula. kali ni memang lama. papa bagi pada aku, aku dukung pun qa'id tetap tak mahu stop nangis. aku bacakan surah al-fatihah sambil usap kepala, pun x jalan. aku bacakan ayat qursi kat telinga pun x menjadi. aku bacakan selawat syifa' pun xde benti gak menangis. atuk ngan wan xde. kami bertiga aje. aku semakin buntu, aku turut menangis. lama juga qa'id menangis. last sekali qa'id stop. aku baringkan dan susukan. tak sampai lima minit, qa'id dh terlelap. leganya rasa. tak lama kemudian atuk dan wan balik. 

Masa mandi qa'id sangat la happy. walaupun tak cukup nafas sebab qa'id tahan nafas bila kena air sejuk, tapi dia ternganga-nganga bila mandi. dah selesai mandi, masa tuk pakaikan baju. selalunya aku akan sapukan lotion kat peha, betis dan lengan bby. time ni la masa tuk aku urut baby. qa'id suka sangat, bby akan diam aje seolah-olah menikmati urutan. syok kena urut ngan ibu. papa urut pun sama, qa'id senyap aje. comel sangat.

Rasa cepat aje masa berlalu. qa'id pun dh lima bulan. lagi sebulan je lg nk masuk 6 bulan. dh boleh bg bby mkn solid food. skang ni aku ada bg qa'id mkn kurma. wan ckap kurma mudah hadam. Qa'id pun suka. bila qa'id berak aku perasan najis qa'id dh jd kaler gelap. bukan kuning lg dh.


No comments:

Post a Comment