Friday, April 20, 2012

Susah nak tidur atau tak mahu tidur atau tak boleh tidur??

Ibu betul-betul buntu bila qa'id langsung taknak tidur walaupun ibu dh cuba tidurkan qa'id. hari ni 20/4/12 jumaat, qa'id bangun tidur jam 9 pg td. hingga sekarang jam 5ptg, qa'id masih tak tidur. qa'id meragam bila ibu letak, bila ibu riba qa'id meragam juga, qa'id hanya stop meragam bila ibu dukung sambil berdiri. kalau sekejap xpe, kalau lama ibu pun penat juga. 

semalam 19/4/12 pun sama. qa'id tidur tghr setengah jam dan petang stgh jam. malam pula qa'id tidur lewat. ibu susukan qa'id, qa'id nenen sekejap aje, pastu tarik dan gigit nenen ibu. qa'id main-main semasa nenen. qa'id menangis beria bila ibu solat dan mandi. 

apa salah ibu hingga qa'id jd macam tu??? qa'id tak cukup susu ke??? qa'id tak ngantuk ke??? hari ni ibu tak sempat pun nak buat power pumping sebab qa'id tak mahu tidur. ibu berkepit aje dengan qa'id. satu keje apa pun tak boleh. 

kenapa dua hari berturut-turut qa'id tak boleh tidur atau susah nak tidur atau tak mahu tidur???  walaupun pak cik cuni dan mak su sarah ada, tapi ibu tak suka nak harap orang tuk jaga qa'id. even papa pun ibu x harap tuk jaga qa'id.

seminggu ibu jaga qa'id, qa'id buat perangai macam-macam. ibu sabar demi sayang ibu pada qa'id. ibu tak salahkan qa'id, sebab ibu juga takde pengalaman. ibu kesian sangat pada qa'id.

No comments:

Post a Comment