Sunday, July 15, 2012

2 jam 2 kali terjatuh

Semalam 14/7/12 sabtu, ibu tak tahu apa masalah qa'id. subuh lagi dah bangun dan merengek-rengek. samada sakit perut atau tak selesa. ibu kasi nenen tapi qa'id tak mahu. papa cuba pujuk dan qa'id terlelap sekejap. then bangun lagi. qa'id tak lena tidur.

qa'id panjat ibu, menangis, sondol tilam, sondol ibu, melonjak-lonjak dan macam-macam lagi sambil merengek. akhirnya qa'id tertidur sendiri. ibu terus bangun ketika qa'id terlena. sewaktu ibu tengah brekfast qa'id terjaga, berlari sekuat hati masuk ke bilik nk tgk qa'id. jatuh katil lagi ke si manja ibu sorg tu. nasib baik xde pape. qa'id terjaga dr tidur dan xde org di sebelah, so qa'id menangis. 

papa terus bawa qa'id keluar. kebetulan pagi atuk, wan dan yang lain-lain tengah sibuk kopek durian utk dibuat tempoyak, so qa'id pun join sekali. semalam arissa pun ada sebab pak ngah abul ada balik. so mak ngah syida dan arissa pun ada setelah 3 minggu lebih tak jumpa. sambil tengok diorg kopek durian sambil borak, ibu plak suap qa'id mamam.

tengahari qa'id terlelap tak sampai sejam dan bangun sebab terkejut bunyi bising. petang plak selepas lunch, ibu bawa qa'id masuk ke bilik utk tidurkan qa'id, tapi ibu yang tertidur. qa'id tidur juga kot sebab dah nk maghrib br qa'id terjaga minta nenen. 

malam tadi 2 kali qa'id terjatuh sambil main. qa'id duduk macam biasa sambil pegang mainan. tetiba qa'id tak dapat balance terus terjatuh ke belakang. gedebuk bunyinya dan qa'id menangis kuat. kepala qa'id kena lantai mozek. lebih kurang sejam selepas tu, qa'id terjatuh lg sekali. pun semasa tengah mermain sorang diri. tetiba tertumus kepala pada mozek. kesian sungguh si manja ibu tu. dah merah-merah kepala qa'id. 

ibu sebenarnya risau takut apa2 terjadi. tunggu tgk dlm tempoh 24 jam ni, kalau qa'id aktif dan takde perkara yang pelik maka qa'id sihat. kalau qa'id muntah atau badan kejang tu maknanya ada sesuatu yg tak kena. ibu harap sangat xde apa-apa dan qa'id sihat. walaupun hentakan tu tak kuat tapi sebenarnya agak kuat juga untuk bayi sekecil itu. kalau orang dewasa terhentak kepala kat dinding, mau rasa pening dan berpinar.

Ya Allah, selamatkan la anakku dari sebarang kejadian buruk, hambamu ini risau. bukan sekali dua, hampir setiap hari qa'id terjatuh dan kepala pasti terhentak setiap kali jatuh.

bukan itu sahaja, kalau atas tilam, qa'id suka sangat duduk dan jatuhkan badan ke belakang. dia gelak-gelak setiap kali buat macam tu. dan satu lagi qa'id suka berdiri dan terjatuh bila badan tak balance. walaupun jatuh atas tilam, tapi kerap sangat, mesti ibu risau juga.

aduhai anak, terlalu aktif hingga ibu risau dibuatnya !!






No comments:

Post a Comment