Tuesday, July 17, 2012

8 months

Sukacita dimaklumkan bahawa, anakanda muhammad al-qa'id ha'il, genap berumur 8 bulan pada hari ini. pejam celik, terasa sungguh cepat masa berlalu. 

Ibu doakan agar qa'id membesar dengan sihat, ceria dan aktif ... semoga anak ibu membesar menjadi seorang anak yang baik dan bertanggungjawab. 

Ya Allah, murahkan lah rezekiMu pada anakanda al-qa'id, berkatilah hidupnya, permudahkan lah segala usaha dan urusannya, lindungilah anakanda al-qa'id. teguhkan lah imannya,  berilah kejayaan di dunia dan akhirat. semoga anakanda al-qa'id menjadi anak yang beramal soleh dan taat! 

Qa'id tak perlu buat check-up untuk 2 bulan. lepas raya nanti baru ada check-up semula. ibu nak tahu perkembangan dr segi berat, tinggi dan BMI qa'id. tapi ibu tak tahu camana. 

Sejak demam bulan lepas, ibu tengok badan qa'id macam sedikit susut. sedikit sebanyak merisaukan ibu. 

Ibu sayang qa'id sangat-sangat !!

No comments:

Post a Comment