Friday, July 20, 2012

Salam ramadhan 1433H

Ahlan wasahlan ya ramadhan !!

ALHAMDULILLAH syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi .... kerana dipanjangkan umur untuk menikmati ramadhan pd tahun ni. 

Tahun ni harapnya lebih baik dr tahun lepas-lepas. ini ramadhan pertama ibu sambut bersama qa'id. tahun lepas qa'id masih lg dalam perut ibu sepanjang ramadhan. qa'id memang tidak tahu apa itu ramadhan dan puasa bagai. tapi bagi ibu setiap yang dilalui bersama qa'id adalah suatu yang terindah dan sangat bermakna. lebih-lebih lagi di bulan yang penuh keberkatan ini.

Ibu harap dapat lalui ramadhan kali ni dengan penuh sabar, nikmat, syukur dan harapan. Walaupun sebulan berpuasa, ibu akan tetap jalankan tanggungjawab ibu pada qa'id. dan ibu akan ambil kesempatan ini untuk sentiasa berdoa pada Allah untuk kesejahteraan anakanda al-qa'id. 

Ibu sayang qa'id sangat-sangat !!

No comments:

Post a Comment