Thursday, July 5, 2012

6 months photos

Koleksi gambar al-qa'id 6 bulan !!!

Ini adalah perkembangan yang berlaku sepanjang tempoh 17/5/12 - 17/6/12.

GUSI BENGKAK

Sememangnya sukar untuk snap pic gusi dan gigi qa'id tanpa membuat dia menangis. tapi sewaktu qa'id menangis juga adalah masa yang sesuai untuk snap picture. dan juga susah nak buat qa'id gelak semata-mata untuk snap pic gigi. so kat sini ada 1 keping gambar gusi, beberapa keping gambar gigi pertama dan gigi kedua. ibu terpaksa zoom dan crop pic untuk hasil yg lebih jelas....

GIGI SUSU YANG PERTAMA









GIGI SUSU YANG KEDUA

Lihatlah gigi qa'id yang comel itu ... 2 batang gigi yang bergerigi ... sungguh tajam dan semakin panjang ... betul-betul menakutkan ibu setiap kali menyusukan qa'id ... sekali qa'id ngap tanpa ibu sedar ... rasa nak cubit dan lempang aje si comel ibu ni .... tapi ibu faham, qa'id sebenarnya ingin tahu apakan fungsi gigi dan explore benda baru !!! ibu hanya mampu menutup hidung qa'id dan menahan kesakitan dari gigitan gigi comel milik qa'id itu ... huhuhuhu

 



CRAWLING

Ibu tak sabar untuk melihat qa'id berjalan. ibu teruja untuk melihat qa'id explore dunia sekeliling qa'id. masa tu akan tiba jua sooner or later dan ibu tak tahu apa yg harus dijangkakan dan diharapkan... wait and see !!




STANDING

Bila qa'id dah pandai berdiri sendiri tanpa bantuan, memang teruja tapi sangat merisaukan. asal sahaja boleh berpaut maka akan berdiri lah qa'id dengan gagahnya dan eksen terlebih. belum cukup stabil tapi gayanya berdiri dengan berpaut hanya sebelah tangan dan memusingkan badan ... tersengih-sengih tayang gigi dua batang !! ibu risau qa'id terlepas pegangan dan terjatuh. tapi fitrah baby, mereka suka mencuba sesuatu yang baru, tak kenal erti penat. apa yang dia tahu tentang jatuh dan sakit ... yang susahnya sape??? ibu juga ...




DUDUK

Duduk sambil bermain. masih belum stabil tapi memang sifat baby yang suka explore dunia baru dan praktikkan kebolehan dia hingga betul-betul mahir. tak kenal erti penat !!!





BUAIAN

Qa'id memang sangat cerewet untuk tidur. sometimes ibu sampai hilang sabar untuk tidurkan qa'id because he refuse to sleep ... qa'id pernah tidur dalam buaian sewaktu berumur 4 bulan ... then qa'id x selesa tidur dalam buaian .... dan bila dah masuk 6 bulan, baru qa'id berbuaian semula ... kalo tak, membazir aje belikan qa'id buaian !!!








MAMAM

Akhirnya qa'id dah boleh makan makanan pejal (solid foods) ... but he is so fussy about it !! ibu terpaksa mencuba pelbagai resepi dan menu untuk menentukan apa yg qa'id paling suka.




SWIMMING

Ini pertama kali qa'id swimming ... ibu sungguh teruja sebab tak sangka qa'id pandai swimming and he loved it very much !! ... ibu akan belikan swimming suit dan pelampung untuk qa'id, then kita sesama pegi swimming ye sayang !!










No comments:

Post a Comment