Thursday, July 12, 2012

Sengih tengok gambar sendiri

Oleh sebab malam tadi 11/7/12 rabu, qa'id refuse to sleep, ibu pun mula la cari idea agar qa'id penat, so nnt senang la qa'id tidur. ibu berikan hp pada qa'id dan onkan, so terpampang la gambar qa'id yg ibu jadikan sebagai wallpaper hp. ibu tahu qa'id sangat suka tengok gambar sendiri. tengok la qa'id tersengih-sengih tengok gambar sendiri.

Lebih kurang jam 11.53 mlm, qa'id akhirnya terlelap atas belakang ibu. qa'id tertiarap secara melintang atas belakang ibu. ingatkan qa'id masih nak main, rupanya senyap tetiba, ibu gerak-gerak, qa'id dh tak layan. hurrmmmm tidur juga akhirnya. kesian anak ibu. 

Hari ni merupakan hari ketiga qa'id tidur sendiri. selalunya ibu akan buai qa'id then bila dh lelap baru ibu angkat bawa masuk ke bilik. tapi qa'id dh tak mahu tidur dalam buaian waktu malam, so inilah caranya nk tidurkan qa'id. ibu dah agak-agak qa'id sleepy, then ibu bawa masuk ke bilik. susukan qa'id kemudian layan qa'id main hingga tertidur. ianya berkesan buat masa ni.

















No comments:

Post a Comment