Saturday, July 7, 2012

DEMAM !!!!

Last week 27-29/6/12 (rabu-jumaat) qa'id demam. buat pertama kali sejak lahir, qa'id tetiba demam. tak tahu apa punca, kalut ibu dibuatnya. papa plak takde, outstation ke Kuala Kedah.

Pagi rabu (27/6/12) qa'id jatuh katil buat kesekian kalinya. tapi qa'id tak nangis. petang plak hujan rintik-rintik aje dan ibu bawa qa'id ke rumah pak ngah abul. rasanya kepala qa'id tak kena air hujan pun sebab dah tutup dengan newspaper. malam atuk cakap badan qa'id panas. qa'id confirm demam sewaktu tidur sepanjang malam. ibu dapat rasa mulut dan lidah qa'id panas sangat sewaktu menyusu sambil tidur. 

Khamis 28/6/12 badan qa'id memang panas. tapi qa'id tetap aktif dan lasak mcm biasa. tak macam org demam pun. ibu bg ubat demam yg sedia ada. harap-harap demam qa'id cepat sembuh. tp belah malam qa'id mula merengek, tidur tak lena, kerap bangun tapi tak mau menyusu. ibu sedih dan risau sgt... tidur malam tanpa kipas dan ibu selimutkan qa'id dengan towel tebal agar demam cepat kebah.

Jumaat 29/6/12 ibu bawa qa'id ke klinik. ummi yah hantar dan temankan. alhamdulillah badan qa'id dah tak panas mcm semalam. tp qa'id banyak merengek sebab tak selesa.

30/6/12 sabtu, muncul bintik-bintik merah pada muka, kemudian pada badan qa'id. tp hilang dalam 3 hari kemudian. syukur sangat !!! tapi selepas demam qa'id kuat meragam .... nakkan lebih perhatian !! nasib baik anak sorang, semua perhatian dan kasih sayang memang untuk qa'id seorang.... huhuhu



Atuk minta wan sapukan asam jawa ke seluruh kepala tuk sejukkan badan qa'id. bila dah kering baru ibu tidurkan qa'id. alhamdulillah demam qa'id sembuh keesokannya !!! cuma yg sedihnya wan tak maklumkan pd ibu yg asam jawa memedihkan mata. so pd pg jumaat tu sewaktu ibu mandikan qa'id, qa'id meraung sekuat hati bila air dari kepala terkena mata... merah mata qa'id. ibu kaget dan terkejut sangat. menggelabah dibuatnya bila qa'id meronta. ibu mmg langsung tak tahu yg asam jawa tu pedih. dah kesian anak ibu terpaksa menderita kepedihan pada mata. ibu terpaksa juga basuh kepala qa'id walaupun qa'id kepedihan. kesian anak ibu.



Semua ni berlaku tentu ada hikmah di kemudian hari. Pengalaman ni sangat berguna dan berharga buat ibu ... supaya lain kali kalau berlaku lg benda seumpama ni, sekurang-kurangnya ibu tak risau sgt. ibu yakin boleh handle the situation. bukan ibu minta tapi selagi kita bernyawa, pasti akan diuji. Sebagai hamba, kita kena sentiasa ingat pada yang Maha Esa. semua berlaku dengan kehendakNya.


Selepas sembuh dari demam, muncul bintik-bintik merah. mula-mula kat muka, pastu badan plak penuh dengan bintik-bintik merah ... then hilang selepas beberapa hari !!!



No comments:

Post a Comment