Monday, July 16, 2012

Sembelit

Kesian sangat pada al-qa'id. sejak baby qa'id stat makan solid foods ni, selalu sangat sembelit. tiap kali nak berak mesti qa'id meneran sampai merah muka, berpeluh-peluh dan menangis. selepas poo keluar qa'id akan menangis kelegaan. 

Ibu tengok poo qa'id jadi berketu-ketul. selalunya setiap kali teran akan keluar seketul sebesar ibu jari kaki dan keras. qa'id akan berak berturut dalam tempoh beberapa jam. sejam sekali teran. ibu cuci dan tukar lampin, sejam selepas tu teran lagi sekali, ibu cuci lagi dan tukar lampin lg. macam tu la selalunya hingga tiga kali berak tiga kali tukar lampin.

Kekerapan berak dikatakan seminggu sekali. puncanya adalah disebabkan qa'id kurang minum air putih. susah nak suh dia minum air putih. bagi dalam botol dia main-main dan gigit puting pastu tarik puting. kalau bagi dalam cawan dan suap dengan sudu qa'id akan tutup mulut ketat-ketat ataupun melarikan muka. kalau bagi guna shringe pun sama, qa'id akan sembur dan keluarkan semula air tu.

Macam-macam ragam qa'id ni bila minum air putih. so hari ni 16/7/12 isnin ibu cuba beri sekerap mungkin air tapi bukan air putih tapi air susu formula. papa yang suh ibu wat camtu. ibu kalo boleh tak nak bagi susu formula sebab susu tu ada gula. dah tu qa'id tak mau air putih jadi terpaksa la bagi susu formula juga. tunggu tengok dulu dalam seminggu ni apa jadi. yang penting qa'id tak sembelit lagi. kesian tengok qa'id setiap kali meneran.

No comments:

Post a Comment