Monday, July 16, 2012

Belajar tidur sendiri


Qa'id memang cerewet tidur. memang tensen nak tidurkan dia. kadang tu sampai hilang sabar dibuatnya sebab ibu dah penat seharian, dan penat dodoi juga tapi masih tak tidur walaupun qa'id dh sleepy sgt-sgt. 

Sejak isnin minggu lalu (9/7/12) qa'id belajar tidur sendiri. sebelum tu ibu dodoi dalam buai dan bila dh nyenyak ibu angkat letak atas tilam. tapi sejak isnin lepas, ibu susukan qa'id sambil baring atas tilam dan bila kenyang ibu biarkan qa'id main sendirian. bila dh penat qa'id akan berusaha untuk tidur sendiri. qa'id akan merengek dan menangis sebab ibu tak layan. kalau ibu layan dh tentu qa'id tak mahu tidur lg. so bila dh penat qa'id akan merengek hingga tertidur. 

Alhamdulillah hari ni isnin 16/7/12 dh genap seminggu qa'id belajar tidur sendiri. siang qa'id masih tidur dalam buai. tapi hari ni qa'id tidur atas tilam. tghr td sekali dan petang sekali. petang td qa'id buat drama. ibu ada je bersama qa'id dalam bilik. ibu biarkan qa'id main sendirian. dah agak lama main sorg2, qa'id jd bosan dan qa'id kacau ibu. ibu tak layan, qa'id mengamuk. qa'id menangis semahunya sambil menekan suara. 

Ibu buat tak tahu je, ibu kemas drawer barang-barang qa'id, ibu solat, ibu ke bilik air, cuci botol qa'id, ibu menulis. qa'id menangis untuk tarik perhatian ibu. tapi ibu tak layan. akhirnya qa'id tertidur sambil menangis. tersedu sedan dan sok sek sok sek dalam tidur. kesian qa'id ... 

Ini 1st time ever ibu buat macam tu. kalau tak, sampai ke malam qa'id tak mahu tidur. dan qa'id hanya nk melekat dengan ibu. nak ibu dukung sepanjang masa. qa'id tak mahu ibu dukung sambil duduk, qa'id akn meliuk lentokkn badan dan merengek kalau ibu duduk sambil dukung. 

Ibu tak sampai hati sebenarnya biarkan qa'id macam tu. kadang-kadang tu ibu kena bertegas dalam mendidik qa'id. ibu juga yang susah nnt kalo terlalu manjakan qa'id. ibu sayangkan qa'id sangat-sangat dan berdoa qa'id jadi anak yang baik.

No comments:

Post a Comment