Tuesday, November 20, 2012

Birthday treats

17/11/12 sabtu, genaplah umur anakanda al-qa'id satu tahun ..... SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG PERTAMA SAYANGKU !! i'm so happy and proud of you ..... syukur alhamdulillah !!

Sempena hari lahir qa'id yg pertama ini, ibu telah plan satu birthday treat untuk anakanda al-qa'id sebagai simbol meraikan birthday boy. ibu dan papa tak mampu untuk meraikan qa'id dengan mengadakan majlis meriah dengan menjemput sanak saudara yg sememangnya ramai ... so kami buat setakat termampu sahaja. yang penting ibu dan papa mendoakan qa'id dunia dan akhirat. kami sayangkan qa'id sepenuh hati !!

Alhamdulillah papa ada bagi merealisasikan plan ibu, so boleh la bawa qa'id dan ibu ke zoo negara. tujuannya nak bawa qa'id jenjalan melihat binatang dan explore dunia luar. asik terperuk di rumah aje. so sebagai meraikan qa'id juga balik dr zoo ibu dan papa belikan sedikit makanan untuk kita raikan birthday boy di  rumah bersama atok, wan dan lain-lain. so simple dan semua orang happy !!



Ini first time bawa qa'id dtg ke zoo ... dlm banyak2 tempat, zoo yg jd pilihan ibu ... sebab ibu fikir qa'id mungkin suka pada binatang mcm papa .. 


Datang seawal mungkin .. gerak dr rumah jam 10 pg, sampai 11 pg ... tp org dah ramai ... ibu buat persediaan mcm2 tuk datang sini dengan harapan dapat la bawa qa'id tengok semua binatang dan enjoy ... 


Melihatkan keseronokan qa'id melihat zirafah dan gajah, ibu sangat teruja dan tak sabar nak bawa qa'id tengok binatang yg lain pula ....










Tapi sempat tengok zirafah, gajah dan burung bangau aje .... cuaca tak mengizinkan .. tetiba mendung dan hujan turun dengan lebatnye ... terkilan sangat ... apa boleh buat, kita hanya merancang ...


Berteduh di bawah pondok berdekatan yg crowded, tunggu hingga hujan berhenti, apa pun tak boleh buat, berdiri sambil dukung qa'id bergilir2 ... lama sangat hingga qa'id tertidur ... bukan penat berjalan, tp penat menunggu hujan berhenti ... td ibu ajak papa naik tram tp papa xnak ... so, hadap je la, kesian qa'id !!





Aksi qa'id yg kepenatan dan mengantuk, bila ibu dukung, goyang2 sikit, qa'id terus lelap ... ibu sedih sgt tgk qa'id ... papa sibuk nak dukung qa'id yg tengah tidur !!, xpe la sekurang2 nye ibu boleh amik gmbr qa'id !!


Ibu terfikir kenapa sebelum ni ibu tak belikan kereta tolak atau stroller tuk qa'id. so waktu2 mcm ni boleh digunakan ... sebab nye qa'id ni tak suka duduk dalam kereta tolak dan stroller ... qa'id lebih suka bebas explore dengan kaki ... tp yg penatnya tentu la ibu dan papa .. kena kejar dan jaga qa'id supaya qa'id tak pergi ke tempat2 yg berbahaya ... 

Selepas hujan berhenti, ibu dan papa decide tuk balik ... qa'id pun dah terjaga dr tidur .. tp sampai aje di main entrance, hujan  seolah2 dh berhenti sepenuhnya .. so ibu ajak papa naik tram ... lagipun masa masih banyak lg ... tp tetiba aje hujan turun renyai2 ... memang ditakdirkan perancangan kita sampai setakat ni je ... so decide tuk gerak balik sebelum hujan makin lebat !! 

Singgah sekejap di The Mines tuk beli sedikit makanan dan juga kek birthday qa'id. Otw balik rumah, qa'id terlelap lagi sekali. sampai aje di rumah ibu letakkan qa'id buaian. 




Birthday boy sedang nyenyak tidur, so ibu hidangkan dulu makanan .. jemput semua makan sementara masih panas. tp kek letak tepi dulu, qa'id bangun nnt br buka tuk potong ... sebab nak amik gambar ... elok je selesai makan, qa'id bangun ... so terus aje potong kek ... qa'id dapat juga merasa seketul drumstick hot and spicy KFC .... 


Dapat seketul ayam, well behave aje ... kalau tak sudah tentu qa'id akan tak puas hati ... ehehehh ... tengok la tu, elok je duduk ngan papa tuk sesi potong kek !! 




HAPPY BIRTHDAY SAYANGKU ... semoga qa'id membesar menjadi anak yg beramal soleh, taat, bertanggungjawab, berjaya dan bahagia dunia dan akhirat, dimurahkan rezeki dan disayangi !! ibu sangat bangga dengan qa'id !! mmmuahhhhs

No comments:

Post a Comment