Friday, November 2, 2012

Pelik

Yang ketara berlaku 3 hr berturut-turut adalah setiap pagi qa'id bangun awal seawal 6 pg dan berak ... 2 hr pertama ibu tak perasan. hari pertama atuk yg kobar. hr kedua wan plak yg kobar. hr ke3 iaitu hr ni ibu sendiri yg perasan qa'id duk meneran. bau dia ... fuh ... busuk tak hengat ... boleh pengsan !!

So sebelum keluar ibu akan cuci dan tukar baju terus la. ibu tak mandikan sebab air terlalu sejuk. time basuh berak pun bulu roma qa'id dh meremang, ni kan kalo ibu mandikan... kesian qa'id nnt menggigil.

balik ke cerita asal, yang buat ibu pelik nye adalah .... malam pertama 30/10/12 selasa, qa'id susah nak tidur. walaupun qa'id mengantuk amat, tp payah nk tidur. itu dh biasa berlaku ... cuma bila bangun pagi .. qa'id bangun awal dan tidur lewat ... itu yg buat ibu risau. so malam 31/10/12 rabu jemput qa'id di rumah maknoor, qa'id bukan main happy lagi. qa'id duk depan dengan wan, qa'id gelak2 dengan ibu .... ibu duk seat belakang. so kiranya main cak cak la. tapi sampai je kat rumah, qa'id start menangis .... hingga la ke time tidur, merengek tak habis-habis. ibu buntu, risau, pelik dan pening dibuatnya.

Selalunya kalau nenen smbil baring, terus lena. tapi kali ni, qa'id agak payah nak lelapkan mata. qa'id turun katil, main-main kat bawah, ke hulu ke hilir, ibu buat2 tidur dengan harapan qa'id pun akan tidur. tp qa'id ajak ibu layan qa'id main. ada la dalam 15 minit qa'id mundar mandir, membebel sengsorang, ibu geram ibu angkat qa'id letak atas katil, tutup lampu bilik air. gelap gelita, angkat dan peluk qa'id atas dada, ibu baca zikir, tak sampai 5 minit, qa'id terlena. betapa qa'id mengantuk yg amat tp apa yg menghantui minda qa'id sehingga begitu payah tuk tidur.

Itu tentang susah nk tidur, ni plak dalam duk tidur tu, qa'id akan terjaga 3 ke 4 kali, bangun dan menangis. ibu peluk dan nenen, qa'id akan sambung tidur. 3 malam berturut-turut. malam semalam 31/10/12 rabu, qa'id tetiba terjaga, sengih2 dalam keadaan mamai, turun katil tuk bermain. ke hulu ke hilir, mundar mandir seolah-olah mencari sesuatu. then datang ke arah ibu. ibu terus dukung, peluk dan nenen, qa'id sambung tidur. 

Semalam 1/11/12 pun sama. ibu tutup semua lampu. tp kali ni ibu plak yg terlelap dulu. entah bila qa'id tidur pun ibu tak tahu. ibu tersedar jam 1 pg, buka lampu bilik air, tgk qa'id tidur di hujung katil. sambung tidur. lebih kurang jam 3 pg qa'id tetiba terjatuh dr katil semasa tidur. kesian sangat. padahal ibu dah hadang dengan bantal. terus ibu angkat, peluk qa'id gosok2 kat mana yg terhantuk, then baringkan qa'id, kasi nenen, qa'id terus aje sambung tidur. 

Ibu rasa pelik dengan sikap qa'id lately yg merengek-rengek, tidur tak lena, pagi2 buta dah bangun dan berak. dah la papa xde, ibu jadi risau berbakul bakul .... 


No comments:

Post a Comment