Friday, November 16, 2012

Meniru

Kebolehan baru qa'id sekarang ialah berlari setempat. qa'id dah boleh berlari pada 30/10/12 selasa yg lalu. pada 13/11/12 selasa juga, ibu cuba mengejar qa'id dengan berlari setempat. kejar olok2 aje. tapi qa'id lari selamatkan diri macam tak cukup tanah. dengan gelak besar nye. 

Esoknya 14/11/12 rabu, ibu pegang tangan pimpim qa'id dr dapur ke ruang tamu, tetiba qa'id berlari setempat .. eh ehe eh .. comel pulak aksi dia. 

15/11/12 khamis, papa plak ajar qa'id "kaki qa'id mana"?? dengan gaya dia yg comel tu, dia stop berjalan dan berlari setempat. tapi badan qa'id seolah-olah nak tumbang sebab belum balance lg. tp qa'id suka buat aksi macam tu. sengih-sengih buat orang gelak !! yg tak tahanya tu, datang ke arah ibu, tetiba stop dan marching ... tak ubah macam tentera yg datang nak mengadap ketua. cuma tak pandai tabik hormat je lagi. bijak sungguh si anak kecil ni. betul2 menghiburkan hati. 

Kalau sebelum ni wan pernah ajar qa'id, "al-qa'id ha'il mana, angkat tangan" qa'id akan angkat tangan letak atas kepala. then ajar dia geleng kepala. sebut aje "geleng-geleng" qa'id akan terus geleng. lepas tu ajar pula ... "mana mata"?? qa'id kelip-kelipkan mata ... alahai comel sungguh ... bijak plak tu ... geram nengoknya. kalau azan, qa'id akan diam dan berhenti bermain, tengok tv tak berkelip. pastu tengok orang tadah tangan berdoa, qa'id pun tadah juga tangan dia yg kecik molek tu. kalau tengok ibu bentang sejadah, sibuk la qa'id nk meniarap atas sejadah tu. 

Banyak juga yg ibu ajar tp qa'id hanya tiru tp belum faham. tp sekarang qa'id dh faham perkatan yg pendek. bila sebut, "mana lidah" qa'id akan jelir. ibu masih berusaha mengajar qa'id untuk mengemas kembali barang yg disepahkan. satu dua benda boleh la qa'id masukkan dan letak balik semula kat tempat asal. selebihnya dia buat tak hirau aje. so, ibu juga la yg kena kemas. kadang tu, bila ibu ajar, qa'id tak buat, tp bila ibu tak ajar, qa'id boleh buat sendiri. so ibu tak suka nak paksa qa'id buat sesuatu yg qa'id tak bersedia nk buat. tp kalau qa'id buat sesuatu, ibu cuba memberi dorongan dan semangat.

Semalam 15/11/12 khamis, qa'id sepahkan lagi bakul kain dia, habis semua bergelimpangan, dah agak2 kosong bakul tu, qa'id masuk dalam bakul tu, duduk dalam bakul tu diam2. tak lama kemudian qa'id cuba keluar dr bakul tu, tp kaki tersangkut, qa'id tersungkur ke lantai. nasib baik tersungkur di atas kain2 yg berserakan. so xde la sakit sangat. menangis sekejap sebab terkejut. papa dan ibu menyaksikan saat tu tergelak dan ibu sempat snap picture qa'id sebelum dan selepas jatuh. ketika tersungkur tu ibu tak sempat snap sebab terkejut. mungkin jeritan kecil ibu tu yg buatkan qa'id menangis kot. 

Demam qa'id dah sembuh tapi masih lagi selsema dan batuk berkahak. bila qa'id bernafas, kedengaran bunyi kahak dalam saluran pernafasan. walaupun papa beberapa kali sedut hingus qa'id tp kahak dalam kerongkong memang tak boleh buat apa. harapkan ubat batuk aje. doktor xde kasi ubat cair kahak pun. masalah timbul bila qa'id tak suka makan ubat. setiap kali makan ubat mesti kena paksa dan menangis. so 13/11/12 selasa malam, sewaktu papa duty, ibu mcm biasa suapkan ubat. tp setelah semua ubat ditelan, qa'id muntahkan semula semua sekali. ibu rasa nak marah pd mulanya. tp kemudian kasihan pula pd anak ibu. kalau tak makan ubat nnt lambat nak baik. so nak tak nak kena la paksa makan juga tuk cepat2 sihat. ibu minta maaf sebab paksa qa'id makan ubat. dan start dr selasa tu juga papa belikan qa'id scott emulsion.

Sebenarnya banyak lagi aksi, perlakuan, aktiviti, perkembangan yg berlaku. cuma kekadang tu ibu terlupa nk catat dan update dalam blog ni. insyaAllah ibu cuba sedaya upaya untuk lebih peka terhadap qa'id. 

No comments:

Post a Comment