Friday, November 16, 2012

Happy birthday in advance

Esok 17/11/12 jatuh pd hari sabtu, qa'id bakal berumur 1 tahun .... HAPPY 1ST BIRTHDAY IN ADVANCE SAYANG KU !! 

Ibu panjatkan kesyukuran kehadrat ilahi ... alhamdulillah Ya Allah .... syukur alhamdulillah .... syukran ya rabb!!Ibu terlalu excited sampaikan tak tahu camana nk gambarkan dan expresskan perasaan ibu. terlalu terharu hinggakan air mata pun menitis ... ibu sangat bangga dengan qa'id. 

Apa yg ibu harapkan dan doakan setiap kali solat ialah, memohon pada allah swt agar anakanda al-qa'id sentiasa sihat walafiat, dilindungi, diberkati dan disayangi. Ibu doakan semoga anakanda al-qa'id jadi anak yg beramal soleh, taat pada allah, rasul, agama, ibu dan papa. besar nanti ibu harap qa'id tidak tinggal solat, bertanggungjawab, belajar rajin2 dan semoga kejayaan mengiringi hidup anakanda al-qa'id. InsyaAllah kalau qa'id jadi anak yg soleh, allah akan permudahkan segala usaha dan urusan didunia dan akhirat. insyaAllah ... amin ya rabbal aalamin !!

Terasa sekejap sahaja masa berlalu, kini qa'id dh setahun, alangkah indahnya saat2 bersama qa'id. ibu belum puas lagi menikmati setiap detik melihat qa'id membesar. kalau boleh ibu ingin membesarkan qa'id sepenuh masa. ibu tak mahu ketinggalan walau sedetik pun setiap perkembangan yg qa'id lalui. tp apakan daya, ibu perlu membantu papa menacri rezeki untuk keluarga kita. ibu akan lakukan yg terbaik tuk anakanda al-qa'id. ibu sayangkan qa'id.

Untuk masa depan, ibu mengharapkan yg terbaik untuk qa'id. sepanjang tempoh setahun membesarkan qa'id, banyak yg ibu belajar. terima kasih sayangku kerana beri peluang yg berharga ini pada ibu untuk menjadi ibumu. sesungguhnya qa'id merupakan anugerah Allah yg sangat bernilai dalam hidup ibu. qa'id juga merupakan amanah dr Allah buat ibu. ibu akan menjaga amanah Allah ini dengan sebaik mungkin. ibu harap, qa'id bantu ibu untuk melaksanakan tanggungjawab menjaga amanah yg berharga ini. insyaAllah!!


No comments:

Post a Comment