Thursday, November 22, 2012

Check-up satu tahun

Pagi tadi ibu bawa qa'id ke klinik desa untuk check-up. hasilnya .....

Berat 8.5 kg
Panjang 77 cm
BMI 14
Lilitan kepala 45 cm

Ni sedikit selingan ibu nk cerita kat sini. sebab berlaku satu kejadian yg buat ibu rasa sgt terganggu. alkisahnya, seawal 7 pg dah siap dan keluar dr rumah jam 7.15 pg. sempat la bg qa'id mkn dulu. makan roti cicah air milo je pun. untuk isi perut aje.

Sampai ke klinik memang sangat awal 7.18 pg ... klinik belum buka lg. papa tetiba naik darah. sebab papa sangkakan yg klinik dah buka. ibu plak menyangkakan yg papa sedia tahu klinik beroperasi jam 8 pg. dah tu sampai awal sgt, takkan nak tunggu lama kot. dah tu nak pergi breakfast dulu, tak tahu nk pegi makan katne. alih2 ibu cakap kita tunggu je la ... setengah jam je lagi pun. 

10 minit nk jam 8, tiba la pulak satu fmli ni. dia pun nk wat check-up juga. ibu nampak gaya dia mcm nk potong Q. so ibu keluar dr kereta dan dengan niat yg murni nak la berborak dengan dia .... dgn harapan dia tak potong Q. sambil borak sambil berjalan menuju ke pintu klinik. dia betul2 duk depan pintu klinik. sikit pun tak beranjak. sebaik sahaja pintu klinik dibuka, dia meluru masuk dan terus amik nombor. tanpa rasa bersalah, sepatah kata pun xde. ibu rasa terkilan. langsung tiada budi bahasa. 

Itu la contoh sikap manusia yg mementingkan diri sendiri. Kalau org lain tentu dah sound org tu ... tp bg ibu, ibu tak pandai nk sound org ... walaupun dh terang2 org tu buat salah kat ibu. biarlah ibu simpan rasa dalam hati. sejujurnya ibu terasa hati dengan org td .... tp disebabkan qa'id ibu bersabar dan senyum serta happy je. 

Biar org buat kita, jgn kita buat orang .... 


No comments:

Post a Comment