Thursday, November 8, 2012

Memanjat di majlis cukur jambul sepupu

Beberapa hari lepas terlalu sibuk dan hr ni br berkesempatan tuk update blog baby qa'id. banyak perkara berlaku beberapa hari ni ... sememangnya tentang perkembangan diri baby qa'id ... dan sudah tentu ada kena mengena dengan ibu ....

Sabtu lepas 3/11/12, ibu ke rumah cik na iaitu kakak ibu sempena majlis cukur jambul newborn baby. ok nama baby dh confirm sebagai ALIF IMRAN. waktu di hospital tempohari nama yg kakak cadangkan ialah adib imran. bila husband kakak pergi daftar, dia tukar kepada alif imran. hurmmmmm .... ok balik semula cerita qa'id, majlis start jam 8.30 pg tp ibu dan qa'id sampai jam 9.30 pg (terima kasih pd atuk dan wan kerana sudi hantar) ... sampai aje, majlis dh selesai .... so x dpt la nk snap picture alif pada sesi potong rambut. apa pun ibu snap juga gambar alif yg sedang tidur. wajah alif dh sedikit berubah, semakin comel!! 












Ibu sampai alif sedang nyenyak tidur, pastu nenen, tidur lg, nenen lg ... itu je la aktiviti alif .... alif sangat kuat menyusu jika nk dibandingkan dengan qa'id sewaktu baru lahir dulu. tengok la pipi alif, dh tembam, badan alif pun dh semakin berisi dan nampak semakin comel. 

Stay di rumah cik na hingga petang, ibu x berkesempatan tuk pegang dan riba atau dukung alif. sebab ibu sibuk melayan qa'id yg semakin aktif. nak tahu apa aktiviti qa'id seharian di rumah cik na???? ni haaaaaaa ....













Itu belah paginya. tengahari ibu mandikan dan susukan qa'id, qa'id terlelap tak sampai setengah jam. dah bangun tu, dia buat aktiviti lagi ..... fuh !!







Kalau dah macam ni, mana ibu sempat nk melayan alif .... kat rumah ada tangga tp nasib baik bukan di living room. so selamat la qa'id x buat aktiviti memanjat. tp di rumah lain pula aktiviti dia. sofa dan kerusi urut yg qa'id panjat. 









No comments:

Post a Comment