Thursday, November 8, 2012

Kerap membuang

Sejak seminggu lalu hingga la ke ahri ini 8/11/12 khamis, qa'id berak setiap pagi. disebabkan itu, setiap pagi qa'id bangun waktu subuh ... then bila ibu keluar dr bilik air, tengok qa'id meniarap di atas tikar ... kesian anak ibu tu .. tunggu ibu mandi punya pasal ... qa'id tak mahu stay atas tilam ... apa boleh buat.

Pagi ni kitorang sume dh nak keluar rumah, atuk tetiba mention qa'id berak. aduh .... wan terus cepat2 suh ibu amikkan lampin, wan cucikan berak qa'id kat sinki di dapur aje. kalau ibu yg buatkan kat dalam bilik mesti semakin lewat. adoiyaiii 

Kalau hari hujung minggu, qa'id kerap membuang juga ... sehari dua ke tiga kali. hari biasa qa'id di rumah maknoor, so ibu tak pulak bertanya pd maknoor kekerapan qa'id membuang. tp ibu yakin qa'id kerap membuang juga ...... mungkin juga sebab qa'id kerap makan, maka kerap la membuang. rasa nya tak perlu risau kot kalau kerap membuang ... najis qa'id pun kerap bertukar warna, kadang warna oren kekuningan, kadang hitam, kadang coklat, kadang keras, kadang cair .... bau memang takleh blah ... busuk tak hengat ... eheheheheh

Satu hal lagi qa'id sukar tidur malam. malam isnin 5/11/12, ibu pada mulanya susukan qa'id seperti biasa untuk tidurkan qa'id. qa'id x mahu tidur, so ibu susukan lagi sebelah. pun qa'id tak mahu tidur juga. so ibu biarkan qa'id bermain dalam gelap. qa'id cuba tuk turun dr katil, ibu angkat naik ke katil. kali kedua qa'id nk turun pun ibu halang juga. kali ketiga qa'id turun, ibu biarkan, nanti qa'id dh sleepy mesti qa'id akan menangis tuk naik ke atas katil. qa'id turun tak lama terus merengek nak naik sebab gelap. so ibu angkat dan susukan tuk tidurkan qa'id buat kesekian kalinya. ibu terlelap sebab mengantuk yg amat.

Sekitar jam 1 ke 2 pg ibu terjaga dan mendapati qa'id menangis kat bawah ... ibu terus bangun dan angkat qa'id. ibu hairan dan terpinga2. ibu rasa pelik dan tak boleh tidur memikirkan apa yg telah berlaku sebenarnya. tertanya-tanya camana qa'id boleh berada di bawah lewat mlm mcm tu. adakah qa'id turun sendiri sepanjang keterlenaan ibu. sudah lama kah qa'id berada di bawah seorang diri. mcm2 ibu fikir tp ibu masih tak tahu apa yg berlaku. ibu juga tak ingat apa yg berlaku sebelum dan selepas ibu terrlelap atau lebih tepat lg selepas ibu susukan qa'id. 

Ibu betul2 rasa bersalah dan tak mampu berfikir apa sebenarnya berlaku. ibu menangis sendiri bila memikirkan kemungkinan qa'id turun dr katil sewaktu ibu terlelap, dan mungkin juga qa'id menangis tapi ibu tak sedar sebab terlelap. atau juga qa'id penat bermain sendirian dlm gelap lalu terlelap atas tikar. ibu betul2 buntu, sedih dan rasa bersalah. mcm2 ibu fikir membuatkan ibu rasa bertambah keliru dan ibu hanya mampu menangis menyalahkan diri sendiri. hingga la ke saat ibu update entry ni. 

Malam seterusnya, ibu make sure kejadian semalam tidak berulang. kesian anak ibu. lately jujur ibu katakan bila baring aje, ibu akan mudah terlena, sebab seharian bekerja, kepenatan dan tak cukup rehat membuatkan ibu mudah sahaja tertidur. Maafkan ibu ye sayang ... 

No comments:

Post a Comment