Monday, November 26, 2012

Botak kali ke-3

Nak update blog pun rasa macam dah xde semangat. sebabnya ibu dah tak boleh upload photo banyak2 seperti selalu. so ibu hanya boleh update cerita sahaja. so sad !!

Kali ni ibu nak cerita tentang qa'id yg dah berumur 1 tahun 1 minggu 2 hari pada hari ini 26/11/12. cepat sungguh masa berlalu. ibu dah niat dalam hati dan dah luahkan pada papa, genap setahun umur qa'id ibu nak botakkan kepala qa'id. ikutkan hati dh lama nk botakkan sebab ibu rimas tengok rambut qa'id yg tumbuh semakin panjang. dalam masa yg sama tumbuh tak sekata. masih terasa ketajaman rambut qa'id yg terbantut pertumbuhannya. so ibu rasa rimas.

So hari rabu lepas 21/11/12 ibu berpesan pada maknoor, minta tolong cukurkan rambut qa'id esok hari. iaitu samada hari khamis atau jumaat. kerana hari khamis dan jumaat serta isnin adalah hari yg elok untuk potong rambut atau kuku. 

Khamis pagi ibu bawa qa'id ke klinik untuk check-up 1 tahun. petang tu ibu datang untuk jemput qa'id, kepala qa'id dah dibotakkan. ibu sangat teruja dan qa'id sangat la comel !!! ini adalah kali ketiga qa'id dibotakkan. sedih sebab tak boleh share gambar qa'id kat sini .... 

Kali pertama cukur, rambut tumbuh bahagian atas sahaja. orang panggil cukur bantal. kali kedua cukur, rambut qa'id tumbuh bahagian belakang aje. dah macam professor la pulak bahagian atas tumbuh agak perlahan, itu pun tak semua tumbuh. ada rambut yang terbantut pertumbuhannya. ibu tak pasti adakah ianya normal. 

Kata orang tua, cukur la rambut anak yg masih kecil ni hingga 40 kali, insyaAllah anak akan jadi seorang yang bijak ... ibu tak pasti adakah ianya betol atau tidak ... yg ibu tahu bayi yang dilahirkan sememangnya bijak !! tinggal lagi kita sebagai ibu bapa yg kena bimbing anak-anak !! sebab ibu cukur rambut qa'id banyak kali sebab rambut qa'id tumbuh tak sekata dan sebab ibu rimas tengok rambut qa'id panjang. kalau rambut papa panjang pun ibu paksa papa potong .... tapi sejujurnya ibu suka lelaki berambut panjang ... dalam banyak2 gambar papa, gambar yg berambut panjang tu yg ibu suka.... camana tu???


muka tak puas hati sebab tak boleh main remote control !!

No comments:

Post a Comment