Thursday, November 8, 2012

Jari Oh tangan

Malam Isnin 5/11/12 yg lepas, nak dijadikan cerita, sewaktu ibu tengah sibuk di dapur, qa'id pun sibuk juga explore itu dan ini kat area dapur. semua benda yg ada kat dapur tu dah tonggang terbalik dek qa'id nyer pasal. qa'id memang takleh tgk sesuatu benda berada pd kedudukan normal. bila qa'id melalui sesuatu kawasan, apa sahaja benda atau brg2 berdekatan mesti qa'id akan usik, terbalikkan dan sepahkan. dah faham sgt kerja qa'id tu so ibu xde la nk pedulikan sangat. biar je la qa'id main. kalau ibu larang nnt qa'id marah ibu balik semula. lgpun kalau ibu betulkan benda dan barang tu, nnt qa'id akan dtg balik dn usik lagi. so biarkan aje la. tetiba terdengar qa'id menjerit kuat dan menangis. tergesa2 ibu intai, rupanya ibu jari qa'id tersepit pada grill. 

Ibu cepat2 selamatkan ibu jari qa'id, merah dan berlekuk jadinya. terus aje ibu hisap ibu jari qa'id hingga qa'id rasa lega. dah stop nangis tu maknanya sakit dh beransur hilang. kesian anak ibu, tak tahu la mcm mana qa'id leh tersepit jari. 

Keesokannya hari selasa 6/11/12 malam, ibu hidangkan makan malam tuk wan dan atuk, ibu ada bancuhkan teh O limau panas. kiranya air tu br je masak. qa'id memang pantang tengok benda terhidang. mula la dia nk menyibuk. penat dh halang tp qa'id tetap tak puas hati kalau tak explore. mula2 tu qa'id masukkan tangan kedalam air basuh tangan berdekatan. ibu keluarkan tangan qa'id dan lap. ibu jauhkan sedikit dulang yg berisi air teh O panas tu. tp qa'id lebih laju dan cepat bertindak drpd sangkaan ibu. beberapa saat aje seluruh jari tangan qa'id dah ada dalam kendi air teh O limau panas tu. meraung la si anak .... ibu dh panik dan terkejut. baru je alihkan dulang belum apa2 lg dah celup tgn. hadoiyaiii

Ibu terkial-kial tak tahu nak buat apa. ini 1st time terjadi so ibu jd blur. Wan cepat2 celupkan tangan qa'id ke dalam air basuh tangan dan sapukan aloe vera pd keseluruhan jari tangan. Aloe vera tu kebetulan ada kat dalam rumah. qa'id stop crying dan serik dah. Ibu tengok wajah qa'id yg menangis kesakitan rasa tersentuh. aduhai anak, xpe la, ini semua pengajaran dan pengalaman. ibu tak salahkan qa'id. qa'id belum faham lagi. nasib baik juga xde melecur atau pape yg x diingini berlaku. alhamdulillah !!

Moral of the story, kadang2 tu kita x menjangkakan sesuatu itu berlaku. walau kita berhati-hati macamana sekalipun, kalau benda dh nak jadi, akan terjadi juga. bila dh terjadi, ia adalah pengajaran untuk anak dan juga diri kita sendiri. pepatah ada mengatakan "there are no perfect parents.... but parents will always love perfectly.... "

No comments:

Post a Comment