Wednesday, November 14, 2012

Demam kali ke-5

Rabu 7/11/12 ibu jemput qa'id di rumah maknoor macam biasa. maknoor cakap badan qa'id panas mcm nk demam. esoknya hari khamis 8/11/12 jemput qa'id dr rumah maknoor, qa'id betul2 dah demam .... badan memang sangat panas, kaki dan tangan sejuk serta selsema. 

Sampai di rumah ibu terus lumurkan kepala qa'id dengan asam jawa. then ibu nk bg qa'id makan, so ibu bancuh air oligo. ibu suapkan roti cicah dengan air oligo. br je suap satu mulut, qa'id terus muntah, roti tu belum pun sempat ditelan. ini kali pertama qa'id muntah, 3 kali demam sebelum ni xde muntah pun. ibu terkejut dan panik seketika, qa'id dh mula merengek. ibu cepat2 buka baju dan seluar, basuh badan qa'id yg terkena muntah. 

Setelah ibu siap pakaikan bj baru, ibu sambung bagi qa'id makan roti td. kali ni qa'id makan perlahan-lahan. suapan kelima, qa'id muntah lagi sekali. ibu terus stop, cuci lg sekali, dan decide tuk tidurkan qa'id. ibu pakaikan qa'id lampin baru, ibu sapukan sedikti lg asam jawa ke kepala qa'id, balutkan badan qa'id dengan kain lampin lembab. qa'id berkemban.

Malam tu qa'id tidur awal sebab siang td maknoor kata qa'id tidur sekejap aje tengahari. kul 2 dh bangun dan petang tak tidur lagi dah. kebetulan qa'id demam plak lg so ibu tengok qa'id dh lemah aje, ibu terus tidurkan qa'id awal. ibu pun dapat la baring lebih awal dr biasa. make sure qa'id tidur br ibu tidur. tp tidur ibu  tak lena sebab qa'id kerap kali terjaga.

Ibu tahu qa'id x selesa, badan tak sihat, sebab tu qa'id tidur tak lena. setiap kali terjaga ibu akan suakan nenen dan itu sahaja la yg jd pengubat tuk qa'id tidur lena walaupun seketika. ibu juga rasa kepanasan dalam mulut qa'id setiap kali qa'id nenen. badan qa'id menggigil sepanjang malam. diluar qa'id menggigil tapi di dalam kepanasan. bila terjaga aje, qa'id menangis dan merengek. menitis air mata ibu melihat keadaan qa'id. 

Sepanjang malam tu qa'id terjaga ada la sebanyak 5 kali, setiap kali terjaga, kain lampin yg tadi lembab jadi kering, so ibu basahkan semula. bila pakaikan ke badan qa'id, terus qa'id meraung, bila aje kain lampin lembab tu terkena kulit, qa'id menggigil ... ibu rasa sangat sedih dan kasihan tapi itu aje la cara tuk kurangkan panas dalam badan. tp alhamdulillah, qa'id seorang yg kuat. ibu balutkan cepat2 dan terus baringkan qa'id, bg nenen, terus tidur semula. syukur sgt2 sb qa'id nk tidur .. 

Tadi atuk ada cakap nak bawa qa'id ke klinik mlm nnt tp since qa'id dh masuk tidur awal selepas maghrib, ibu tak sampai hati nk kejutkan qa'id dan bawa ke klinik. dalam masa yg sama kalau boleh waktu tu juga ibu nk bawa qa'id ke klinik. 

Keesokan harinya jumaat 9/11/12, baru la ibu bawa qa'id ke klinik. ibu amik cuti MC sebab nak jaga qa'id seharian. ibu tak sampai hati tuk tinggalkan qa'id pd maknoor. nnt ibu tak tenang di ofis. lg satu ibu tak mahu demam qa'id berjangkit dengan baby lain pula. tp hari jumaat tu alhamdulillah badan qa'id dh back to normal, pergi ke klinik sebab nak dapatkan ubat agar next time kalau demam berlarutan, boleh terus bg aje ubat tu.

Sabtu 10/11/12, qa'id sihat dan aktif seperti biasa. hari ahad 11/11/12 badan qa'id kembali panas. Isnin 12/11/12 ibu hantar ke rumah maknoor. selasa 13/11/12 cuti hari deepavali, ibu bawa qa'id ke klinik lagi sekali sebab demam qa'id masih berlarutan tp suam-suam aje. cuma batuk dan selsema qa'id semakin menjadi-jadi. apa taknye, papa balik dr sailing, bawa balik selsema, jangkitkan pada ibu. ibu plak jaga qa'id sepanjang masa, so virus influenza tu dihembus dan disedut bergilir2. walaupun papa sedut hingus qa'id, tp papa pun selsema juga. mana la anak ibu nk sihat cepat kan. so doktor bg antibiotik, ubat selsema, ubat batuk dan ubat demam. 

Batuk qa'id makin teruk, anak tekak merah dan tidur pun terganggu sebab asyik batuk aje sepanjang tidur. tetapi bila siang, qa'id aktif bermain, xde pulak batuk tu datang. itu yg ibu rasa pelik. kasihan anakanda al-qa'id. cepat sembuh ye sayangku. 


terpaksa tidur atas toto sebab asam jawa penuh kat kepala dan kain lampin tu pulak lembab. ibu pun turut sama tidur dengan baju yg basah sebab peluk qa'id ... 

No comments:

Post a Comment